Friday, December 31, 2010

Belum terlambat









Berlabuhnya tirai 2010. Tersingkap tirai 2011.




Gambar aku, sebelum jadi wanita bertudung sekarang

Jangan jeles, aku kalau nak letak gambar, yang cun je( Nasib baik, teknik solekan dapat membantu) Batang kayu kalau kasi mekap pun lawa.Betul tak? Cepat tengok, nanti jgn cakap aku tak tunjuk muka plak.

Aku sama simanja, mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga azam tahun 2010 korang tertunai sudah. Aku tahu semua orang kat luar sana , dah ready nak membuat azam baru untuk tahun 2011. Tak terkecuali ngan aku gak. Azam aku tak besar sangat, aku nak keluarga aku terus bahagia ngan dunia ni aman damai dari angkara manusia perosak. Lagi satu harapan aku, bumi ni akan bertambah Hijau.

Khas untuk anak-anak





Semoga tahun 2011, anak-anak aku ni, tak nakal-nakal, nanti mak babab vontot. Dengan pertanyaan, bila nak belanja mak karaoke lagi?, maaf ye , bergurau.

Aku memohon pada Allah SWT , supaya memberi mereka kesihatan yang baik, tak tinggal sembahyang 5 waktu, dimurahkan rezeki, dan akhir sekali mendapat jodoh dikalangan orang-orang yang beriman.. Aminnn

Peringatan pada ibubapa yang masih mempunyai anak yang bersekolah, lengkapkanlah keperluan anak-anak dulu, sebelum duit habis. Mana yang dulu, mesti didulukan.

Sesiapa yang memandu kenderaan semasa cuti ni, diharap sangat memandu ngan berhati-hati Ingatlah nyawa korang amat berharga. Jangan jadikan keluarga korang sebatang kara.Memandu lah ngan berhemah. Kalau semua pemandu di luar sana, memandu mengikut had laju yang dah disediakan, kemalangan mungkin dapat dielakkan .

Pada penungang motosikal, jangan terlebih cilok. Salah cilok, termasuklah bawak kontena. Tak de apa yang nak diburukan, sampai bawak motor terlebih laju cam tu . Pesanan khas untuk mat rempit , insaf cepat, sebelum kaki ngan tangan korang putus. Esok, kalau dah tak boleh bergerak, sapa susah?, mak bapak jugak yang susah.Kalau mak bapak ko kaya tak pe gak, boleh tanggung seumur hidup. Kena pulak yang mak bapak dah tua, tak berkemampuan cam mana? Itu yang nanti, keluar muka kat rancangan Bersama mu

Okeylah, aku ada urusan sikit, nak daftarkan simontel tadika, jumpa lagi dilain waktu.cau cin cau.


Senyum tapir : Kenangan pahit dan duka yang aku lalui dalan kehidupan, tak pernah membuat aku lemah. Aku bersyukur, tak semua orang dapat melalui semua tu. Dengan kepahitan dan kedukaan itulah, dapat aku bina satu benteng yang kukuh bagi meneruskan perjalanan yang masih panjang .

Thursday, December 30, 2010

Last kopek 2010

Kisah semalam 29/12/2010-Di pantry office




Buah salak



Mamee kari meletup

___________________________________________________________

Kisah hari ini 30/12/2010 di Secret Recipe-Perubahan drastik, dalam masa 24 jam.Siapa kata tak boleh.




Cheese kek durian



Black paper chicken bersama nasi.




Tyra Banks dengan Blackberrynya. Dia Bergaya sungguh, hari ni .



Gadis Bandar sedang menunggu cordon blue.




Gadis desa sedang asyik menikmati keropok. Dia pun sama bergaya, hari ni.



Dr .Chen SY, kawan office.



Senyum tapir : Entry yang paling pantas aku taip, gara-gara esok cuti, ini bermakna tangan aku cam lipas kudung nak siapkan kerja, selepas ni.

Dos Syabu 1 straw

Ohhh nak google syabu ye. Jangan haraplah, kalau korang tak de duit, nak beli benda ni. Anak-anak muda kat luar sana , jangan cuba nak berjinak-jinak ngan benda ni. Kalau dah tak de duit nak beli benda ni, dah lah tak kerja, apa lagi nak sangat hisap , sanggup nak meragut beg orang. Kasihan beb, kena pulak orang tua yang korang ragut, sedih boleh meleleh air mata dengar. Jangan monyet. Korang tahu harga syabu ni mahal sangat, cari sendiri harga dia.

Siapa yang dah ketagih hisap benda ni, jangan over dose pulak, nanti boleh nampak hantu kak limah kat sebelah korang .kwang kwang. Makcik nak nasihat je.Kalau tak dengar, jangan salahkan makcik, kalau otak korang jadi gila nanti. Masa tu baru nak ingat mak bapak.

Wahai member muda mudi kat luar sana, kalau dah tahu, jalan yang korang nak lalu tu berlopak, jalanlah ngan berhati-hati.Kalau kaki dah masuk lopak, baru nak jalan berhati-hati dah tiada gunanya. Makcik bagi nasihat je, sebab makcik ni dah otai(bukan otai burger),sumpah, sebab sayangkan bangsa makcik sendiri, terutama orang melayu. Saudara makcik, ada 3 orang, semua meninggal dunia , akibat mengambil dadah yang terlarang.

Ingatlah, perjalanan hidup korang masih panjang, terlalu banyak benda berfeadah yang boleh korang buat untuk masa depan sendiri. Kalau korang tak nak membahagiakan ibubapa korang, at least bahagiakan diri sendiri. Aku sedih sangat , tokan jual dadah kat luar sana , kebanyakannya bukan berbangsa melayu. Yang jadi mangsa ketagihan, bangsa melayu sendiri. Bagi bangsa melayu yang jadi tokan (bukan tukun tiruan ye), insaflah , jangan jadikan anak bangsa sendiri, sebagai mangsa untuk kaut keuntungan.

Bagi muda mudi yang kat luar sana, baru nak berjinak-jinak ngan benda ni, masih belum terlambat untuk korang balik ke pangkal jalan. Khas untuk ibubapa yang mempunyai anak, terlibat ngan benda -benda cam ni, jangan terus membenci dan buang anak korang. Siapa lagi yang boleh membantu mereka, kalau tak ibubapa sendiri. Baik buruk, itu anak yang korang kandung 9 bulan. Aku pun selalu bermuhasabah diri, supaya aku tak jadi ibubapa yang terlalu ego dan mementingkan diri sendiri. Aku seorang ibu, aku juga manusia biasa, yang ada jugak melakukan kesilapan. Korang cakap ngan aku, bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Dalam blog ni, selalu aku tulis cerita-cerita yang melucukan dan mengarut, tapi apasalah sesekali nak gak jadi pakar motivasi. Nak jadi cikgu , macam cikgu Zul , tak belajar tinggi, jadi pakar motivasi tak bertauliahlah, pun bolehlah . Motivasi aku ni bukan omongan kosong, kisah benar masyarakat sekeliling.



Peralatan menghisap syabu(ice baby)







Julia Perez

Pasal perempuan ni pulak , kenapa dah terlebih dos ke?,, sanggup nak pakai coli berlaser, untuk kelirukan mata , pemain bola sepak pasukan Malaysia yang akan menentang Indonesia malam ni. Kalau dah kalah, terima je ngan hati terbuka.Adat permainan kalah menang, perkara biasa. Terimalah...yeay yeay

MALAYSIA BOLEH, CINTAI NEGARA MALAYSIA. JANGAN NAK MENYANJUNG SANGAT NEGARA LUAR. KHAS UNTUK, STESYEN RADIO KAT LUAR SANA, JANGAN ASYIK NAK PUTAKKK LAGU INDON JE, MENANAH TELINGA AKU DENGAR.



Senyum tapir : lantak korang, kalau tak dengar nasihat aku. Kalau dah ketagih nanti, baru nak menangis kat kaki aku. makcik jugak yang salah.kwang kwang

Wednesday, December 29, 2010

Binawe

Setiap pagi, cam biasa tunggu Dolly parton,(ini gelaran baru dia , sebab dia buat contest bobis), kat rumah mak mertua dia flat 8 tingkat. Sementara tunggu dia datang, aku anak beranak(simanja & simontel) bersembang mak Alang kat bawah kaki lima flat, secara tiba-tiba, nampak satu barang melayang dari atas. Nampak cam tali pinggang. Aku pandang atas, nampak ada tangan duk menjulur kat tingkap tingkat 5, nak buang barang lagi.Kali ni, barang tu mencapai sasaran, jatuh kat atas bumbung rumah, tingkat 3 . Aku pun pergilah tengok, rupanya, tali pinggang.





Tali pinggang dirakam dalam berbagai aksi.Tak boleh belah corak dia.Kalau diamat amati tali pinggan kotak-kotak cam ni, Indon ngan bangla je pakai.

Binawe ko, kalau buang tali pinggang branded, tak pe gak. Ni hampehhh punya. Apasal depa ni, tak de sivik betul.Masuk ni , tempat yang sama , dah dua kali aku terkena.Hari tu buang plastik air, sipi je nak kena kat aku. Nasib baik aku rajin gak tengok cerita Jet Li, aksi menangkis serangan musuh, dapatlah dipraktikkan, masa emergency cam ni berlaku.

Aku dah marked , rumah sipembuang tali pinggang tu. Tingkat 5, no berapa boleh cari. Janji dah tahu barisan rumah tu. Bukan apa, kalau sipembuang tu melayu, aku cincai, kira settle. Siap ko, kalau Indon atau Bangla, aku pulangkan tali pinggang kotak-kotak tu kat dia balik.Melampau , otak tak de, tong sampah ada, tak tahu nak guna.

Ini selalu, aku nak cakap, perlaksanaan menghukum orang yang buang sampah merata-rata ni kena dikuatkuasakan.Kalau tidak bermaharaja lela dorang ni. Ini tidak, mana yang ada letak tanda "Jangan buang sampah, denda RM5,000(ye ke, aku pakai bubuh je ni) kat situlah aku tengok, dorang longgokkan sampah. Tak pernah lagi aku dengar , orang naik mahkamah turun mahkamah, sebab kesalahan buang sampah. Cuba denda sekali, mesti insaf punya.

Cakap pasal Bangla ni , memang aku tak boleh ngam dari kerja estet dulu. Muka dia , cam muka nak makan penampar je. Aku bukan benggang sesuka hati, benggang dorang cakap berlagak sangat. Dulu masa aku jaga dorang kerja estet, 24 jam dia cakap kat aku, kat bangladesh dia kaya sangat, datang sini orang Malaysia tipu. Nak bernanah telinga aku dengar cerita tahyul tu, senang je cara, nak tutupkan mulut dia. Aku cakap cam ni je," u kata, u kayakan, sekarang lu balik Bangladesh".Angkat lu punya kain baju semua. Tak nak cerita lebih pasal bangsa asing, panas hati dengar. Aku ni, pencinta tegar Negara Malaysia.





Pagi tadi, selepas kejadian, Babai!!! babai !!simanja ngan simontel.



Senyum tapir : Aku memang pencinta tegar Malaysia dan bahasa Melayu.

Tanya sama lembu

Perbualan berkisar,, tentang celcom


















Hari tu pasal celcom ni Transformers pun ada cakap jugak dalam blog dia. Aku juga, nak cakap benda yang sama, sebab kegeraman pada Celcom, dah kat zon merah, kalau kat hospital, tahap kritikal. Hari ni je tengah membusy buat kerja opis, dapat 4 sms cinta dari Celcom. Boring tahap gabanlah, kalau tengah busy, lepas tu nak berlari-lari gajah, bukak sms..


Bila dah bosan tengok sms yang banyak kat inbox tu, layan lagu lagi baik. jom layan sekali........
lagu ni khas, ku tujukan untuk Celcom. Selamat Harijadi. Semoga panjang umur.




Senyum tapir : Celcom, sila insaf dengan kadar segera. Inbox dah penuh.

Tuesday, December 28, 2010

Yes Boss





Aku ada benda nak cerita ni, boss aku dah 2 minggu tak de, pergi oversea. Semenjak dia tak de, memang hampeh, susah sangat aku nak buat kerja. Tapi tak de lah kerja yang urgent. Aku rasa ada something wrong somewhere, kenapa bila ada boss, aku bersemangat nak buat kerja. Dia tak de, aku jadi malas . Bila aku renung dan tenung dalam-dalam, ohhh baru aku dapat jawapannya, Boss aku tu , macam pembakar semangat aku,nak berkerja selama ni.Bila dia tak de, jiwa aku kosong.

Tak payah dengarlah, itu omongan kosong je, sebenarnya malas nak buat kerja, Dammm kat diri sendiri.
Sambung nanti cerita pasal boss, nak masak untuk boss kat rumah pulak.



Sapa nak ambil resepi nasi goreng cina ni , cilok kat sini. Dibawah ni, hanya pertukaran beberapa bahan je.



Bahan tambahan, tahu ikan .




Pertukaran dari sawi ke kobis cina.




perkara mustahak (1) nak nasi goreng jadi best, tumis bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan ayam.




Perkara mustahak(2) Letakkan bahan tumisan tadi ke tepi kuali, selepas tu, baru boleh pecahkan telur. Nak mengelakkan nasi goreng berbau hanyir telur, goreng telur tadi sehingga masak. Bubuh kicap cair(penganti garam), sos tiram sedikit. Dah dapat rasa yang lebih mengancam, letak minyak bijan sedikit, sebelum diangkat.




Nasi goreng cina ni, untuk breakfast pagi tadi.


Senyum tapir : Hari ni,aku bekerja seumpama bertarung di medan perang. Lepas aku habis bertarung, Arnold susah nak eja , pulak kena bertarung.

Khas untuk sipengoogle video porn terbaik

Ini cerita khas, untuk sipengoogle yang suka sangat, nak google porn terbaik. Bila buka Nuffnang keyword, mesti nampak dorang search blog aku, ngan benda-benda cam ni. Suka sangat nak tengok porn terbaik, ni aku bagi khas untuk korang. Oiiii kat luar sana, banyak cd cetak rompak jual porn terbaik.






Sapa suka boleh buka you tube porn terbaik ni.




Lepas tengok porn terbaik, layan Adam Ahmad pulak.

Dah puas hati, layan you tube semua tu, perut laparkan,mai layan mamee itik flavour.

*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*



First time, makan mamee flavour itik. Sumpah seumur hidup tak pernah lagi makan itik. Bela itik adalah. Cepat jangan lepaskan peluang, dari RM3.50 sepaket , jadi RM3.00.




Khas untuk rabun ayam, cam aku, sila klik gambar, nak kasi nampak


Baik korang cakap sedap, sebelum aku tutup blog ni. Mamee ni tambah sedap, kalau tambah sayur kobis cina sedikit.yummy yummy.Semalam cuti, pergi office hari ini, kerja mesti menimbun cam bukit.



Senyum tapir : Sesekali, makan maggi, sedap.

Monday, December 27, 2010

Bujang Senang




Bersesuaian sangat untuk perempuan ngan lelaki bujang, kat luar sana, kalau ke pasar , beli je isi ayam sekilo RM9. Korang cakap je kat peniaga ayam tu, nak isi ayam , dorang dah stand by, isi ayam siap dibuang tulang. Aku yang tak bujang, pun beli, senang nak masak. Bungkus 2 keping isi ayam, dalam 1 plastik. Bila nak masak, tak payah nak keluarkan semua dari dalam peti ais, keluarkan sebungkus je..

Dengan isi ayam ni, bermacam lauk yang simple, boleh masak. Kalau nak buat sebagai perencah mee, bihun atau nasi goreng pun boleh. Lagi satu isi ayam ni, sesuai kalau nak masak untuk bagi budak-budak makan. Tak payah nak risau tercekik tulang.





Hari minggu tu, keluarkan dari peti ais, sekeping isi ayam. Nak masak sos. Cukup untuk 3 orang makan. 2 orang anak lagi tak balik, sebab sabtu dah datang. Bersihkan dan basuh isi ayam dulu, sebelum dipotong sederhana besar. Lepas tu gaul ngan kicap cair. Bila nak goreng , celup ngan tepung jagung.




Bahannya senang je , bawang besar sebiji, dihiris, 6 tangkai cili kering mesin ngan bawang putih ngan cili sos.




Isi ayam yang dah digoreng tadi.




Masak cam biasa, Tumis cili mesin sampai naik bau, lepas tu masukkan cili sos, tambah air, gula, secubit perasa, ngan garam. Kemudian masukkan hirisan bawang besar. Last sekali, masukkan isi ayam tadi. Mudahkan masakan ni.


Senyum tapir : Kehidupan ni mudah, kalau kita rasa mudah.

Noh Hujan







Konsert Hujan




konsert hujan



Malu-malu kucing pulak, bila gambar dirakam.














Semua dirakam petang 26/12/2010 di kawasan perumahan aku.


Senyum tapir : Hujan best........yeay yeay

Sunday, December 26, 2010

Surat Cinta

Salam Sejahtera di pagi Minggu pada semua pembaca...........


Dulu aku tak pernah layan love letter ni, tapi semalam bila anak aku beli, teringin pulak nak rasa. Bila dah makan, 2 perkataan terzahir, lazat dan ranggup. Dah rasa, baru jatuh cinta .Itulah orang cakap ye, tak kenal maka tak cinta, walaupun aku bukan peminat tegar perasa strawberry, Bila rasa ni love letter ni, aku boleh layan plak.

Buah strawberry je, aku tak boleh layan forever. Cari gak, kat mana kesedepannya, tapi tak jumpa. Aku jadi pelik pulak, sapa yang pergi Cameron Highland, mesti beli buah tu. Walaupun yang beli tu bukannya suka makan pun. Camerong Highland ngan buah strawberry dah macam sinonim.

Kalau korang tak percaya belilah Love Letter, berperisa strawberry ni. Cakap pasal love letter ni, aku ada kisah lama gak. Masa kerja kilang getah paip kat Alor Gajah, Melaka, tahun berapa aku dah tak ingat, setiap hari lalu di sebelah kilang Julie's ni. Lalu je, perut kenyang terus jadi lapar, bila terhidu aroma biskut. Ingat pasal kilang Julie's tu memang syok, yang tak syok bila teringat, cam mana ciputnya, gaji masa kerja kat kilang getah paip tu.




Tin biskutnya pun tip top.



Hampir separuh dah habis. Mana taknya , makan sambil cari idea, mesti tak sedar, tangan dok merayap dalam tin tu. Pihak Julie's biskut sila bagi komisen, sebab promo biskut ko. Teringat pulak dulu Rosyam Nor jadi jurucakap biskut ni.




Bila tengok you tube Shima ni, hati tiba-tiba, terimbau tahun 1990, masa tu aku tinggal dirumah makcik (adik ayah yang bongsu, kat banting) Kebetulan rumah Shima ni belakang ngan rumah dia. Shima masa tu, baru nak bergiat aktif ngan The Boys( sebelum tu The Boys ngan Ella).

Aku ni tiba-tiba cari you tube Shima ni, ada sebab. Anak perempuan aku tu , nak dengar lagu Shima semula. Dia kata suara Shima sedap, aku pun ceritalah kisah lama, pasal Shima kat dia.

Makcik aku ni memang handal memasak. Kalau dia nampak makcik buat sambal , kuali yang buat sambal , dia tak bagi makcik basuh, dia bawak roti, terus cicah kat kuali tu.. Pantang nampak arwah abang, mesti nak kacau, dia peramah. Cakap pasal dia, terindu pulak.


Senyum tapir : Semoga hari ni menjanjikan seribu kebahagian, pada semua pembaca blog aku kat luar sana.

Hantu kak Limah ngan adik balik rumah



Hantu kak limah ngan adik balik rumah, nak makan nasi. Lepas balik dari Jaya Jusco, beli tiket wayang, dia terbang datang ke rumah. Tengok sempudal tak, hantu kak limah, buat mata juling, bila aku ambil gambar dia.



Tangan hantu kak limah tu, mencuri daging kambing. Bengang , sambal belacan tak de. Adik lelaki sepatutnya dah kena marah tu, buka lappy kat atas meja makan. Salah satu pemantang simanja.



Budak zaman sekarang, kesibukan ngan berfacebook. Yang aku tak boleh menahan tu, adik beradik ni boleh berchat kat facebook antara satu sama lain. Masalahnya , jauh tak sampai satu meter. sengal tak sihantu ni.



Makanan untuk sihantu , kobis cina goreng ngan tahu ikan.Resepi kat dalam, selongkar ye.




Daging kambing masak rempah, resepi selongkar kat dalam ye. Tambahan aku blender bawang putih, merah kecil, halia.Blender lebih sikit, jadi kuahnya pekat dan wangi.


Senyum tapir : Sihantu kak limah ngan adik dia ni, kalau balik, habis kelam kabut dibuatnya.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina