Friday, October 29, 2010

Abang Jet bersiaran lagi

Bersama DJ Abang Jet
Stesyen radio : star FM (0.99)
Rancangan : lepas geram

Pemanggil pertama


Abang Jet : Siapa disana
Pemanggil : Saya Siti, dari Jerantut
Abang Jet : Apa yang nak digeramkan sangat siti?
Pemanggil : Saya benggang ngan Noni , kawan sepejabat.
Abang Jet : Apa yang dia dah buat kat ko?
Pemanggil : Saya dah anggap Noni ni cam adik kandung sendiri, apa yang saya makan , dia makan.Segala rahsia saya, rahsia dia jugak. Baik sangat, cam isi ngan kuku. Alih-alih, saya dapat tahu dia cucuk boss, supaya tukarkan tempat saya. Dia kata kat saya tak boleh buat kerja, pemalas.Tak sedar diri punya kawan.
Abang Jet : Mana Siti tahu, Noni buat cam tu :
Pemanggil : Sumber yang boleh dipercayai.
Abang Jet : Siti , jangan dengar sebelah pihak, tanya kawan awak tu dulu.
Pemanggil : Cukup hanya sekali.Saya percaya, dah banyak kali dia tikam saya dari belakang
Abang Jet : Pesanan terakhir untuk Noni
Pemanggil : Go to heaven.


Pemanggil Kedua

Abang Jet : Siapa disana
Pemanggil : Maimon dari N.Sembilan
Abang Jet : Apa kes subuh-subuh ni?
Maimon : Ingat tak dulu saya ada call, yang saya ngan mak mertua tak bertegur, pasal sotong bergula.
Abang Jet : Tak berapa ingatlah Kali ni pasal apa pulak?
Maimon : Semalam saya terbangun lebih kurang pukul 6 pagi. Saya ingat nak buat sarapan, perut pulak memulas. Saya pergilah buang air besar dulu, keluar dari jamban, saya tengok mulut mak mertua saya muncung sedepa. Rupanya, dia marah saya buang air besar.Dia kata geli, siap pesan lagi, lain kali buat sarapan dulu sebelum buang air besar. Sakit hati betullah, kalau dah perut nak memerut , takkan boleh tahan.Tak paham betullah.
Abang Jet : Sabar jelah puan maimon. Orang tua, biasalah macam tu.cerewet.



Pemanggil Ketiga


Abang Jet : Siapa di sana
Pemanggil : Abang Syed dari Ulu Bernam
Abang Jet : Abang Syed, Apa kes, subuh -subuh lagi nak lepas geram.
Pemanggil : Saya nak lepas geram sangat dengan orang rumah saya.
Abang Jet : Kenapa ngan orang rumah abang Syed?
Pemanggil : Saya dah tak boleh tahan lagi, dia buat saya cam orang gaji. Masak, basuh baju , hidang air untuk orang datang semuanya saya kena buat.
Abang Jet : Kenapa tak tegur cara baik?
Pemanggil : Abang syed rasa , orang rumah abang tu, main bomoh, sebab tu abang cam dengar je cakap dia. Nak marah pun tak boleh.Depan Jet ni beranilah abang Syed tinggi suara.Balik rumah cam tikus mondok.Okeylah Jet, tu ah orang rumah abang dah menjerit cam tarzan, suruh salin pampers anak.
Abang Jet : Okey okey abang Syed, lain kali call lagi.




Pemanggil keempat

Abang Jet : Siapa di sana?
Pemanggil : Saya kak Gayah dari Ulu Bernam
Abang Jet : Apa yang nak digeramkan kak Gayah?
Pemanggil : Akak geram sangat ngan siminah yang goda laki akak tu. Sampai pekan sabak Bernam, laki akak bawak dia naik motor. Laki akak ni, bila suruh pergi beli ikan masin kat kedai depan rumah ni, banyak saja alasannnya. Kalau membawa siminah tu sampai ke pekan Sabak, laju je. Siminah tu pun satu, kalau dah janda , buatlah cara janda. Selamba badak dia nak usung laki aku dalam kampung ni. Dia ingat aku ni tunggul mati ke? Hari tu baru apek ikan tu mengadu, dia tak nak bayar hutang, disuruhnya apek tu datang tidur rumah dia.Laki aku ni, memang tak sedar diri betul, Perempuan cam tu pun, dia gilakan.
Abang Jet : sabar, sabar kak Gayah. Apa pesanan terakhir kak Gayah untuk siminah ni.
Pemanggil : You and my husband go to hell.






Senyum tapir : Apa khabarlah SiMinah sekarang? Berapa banyaklah apek ikan yang dah menjadi mangsanya.

Cina punya pesyen

Mee, boleh dimasak dengan berbagai cara, ikut citarasa masing-masing. Mee dan bihun, adalah kegemaran aku selain dari nasi. Cuma satu je, aku memang tak boleh masuk dengan mee mamak. Mee yang digoreng ngan kueh tepung ngan tahu goreng, dimasak terlalu lama, diketuk jadi halus ngan sudip masa mengoreng. Kueh tepung ngan tahu gorengnya lebih banyak dari mee.

Mee hailam, mee jawa ngan mee bandung adalah salah satu mee kegemaran aku. Mee yang digoreng oleh mak mertua aku pun jadi kegemaran jugak. Mee yang dia goreng tak de letak rencah seperti ayam atau udang. Cili mesin pun dia tak letak. Cara masak mee Orang cina, memang simple. Orang Cina tak boleh tinggalkan bawang putih, sebab bawang putih mengwangikan masakan. Orang Cina paling cerewet bab memilih makanan. Cerewet maksud aku di sini, bukannya nak makan sedap je, tapi cerewet dari segi cara memasak sesuatu makanan.

Aku banyak belajar dari mak mertua, cara masak sayur ngan mee yang betul. Lelebih lagi, dia pun berniaga makanan, seperti mee dan nasi lemak. Bila aku bercakap tentang cara orang cina berniaga sistematik, nanti ada pulak orang melayu yang terasa. Contohnya , mak mertua aku , kalau dia mengoreng mee, sukatan garamnya tetap sama sampai bila-bila. Kalau kita berniaga, masak ikut sukatan, rasa makanan tu 95% mesti sama sampai bila-bila. Aku rasa tak guna, kalau kita iri hati dengan orang cina tak bertempat. Kalau boleh, kita kena ambil apa yang terbaik cara dorang berniaga, untuk dijadikan panduan.


Bila kita ke kedai makan orang melayu, jarang sangat makanan yang kita minta pada masa tu, kita rasa memanglah sedap sangat, lepas tu kita datang lagi keesokaan harinya, rasa makanan tu mesti tak dapat yang sama ataupun tak sedap macam kita makan mula-mula. 80% aku dah kena situasi macam tu.

Contohnya kedai makan kat sini , First time pergi , laki aku makan yee mee sizzling hot plate, aku cilok, rasa sikit, memang sedap. Serius, aku puji memang kuah yee mee sizzling dia terbaek. Laki aku ni orang cina, memang dia tak kisah pasal makanan, tapi cara masak tu mesti kena betul. Kali kedua aku pergi, cuba nak makan yee mee sizzling tu, rasa kuahnya dah out.Kali ketiga pergi, laki kau pulak order yee mee tu, bukan setakat kuahnya out, rasa ayam tak sebati ngan rasa kuah sizzling tu. Serius, aku memang cerewet mengenai rasa makanan . Biar pun memasak makanan yang simple, aku amat menitik beratkan bahan-bahan didalamnya. Semua bahan mesti cukup, kalau tak cukup, cam tak de mood nak memasak.




Mee goreng ni resepi mak mertua, aku masak untuk breakfast pagi tadi.




Mee dibasuh dan ditus dalam tapis.





1)6 ulas bawang putih dikupas kulit dan dicincang
2)sedikit sos tiram
3)lada hitam- ni aku tambah, kalau mak mertua aku, tak letak pun.



Sawi dibasuh dan dituskan.




Taugeh ni tambahan.




Penting sekali, goreng bwang putih tadi sampai naik bau dan bertukar warna coklat. Lepas tu masukkan sawi , kemudian ngan mee tadi. Masukan kicap pekat sahaja ngan sos tiram. Kalau goreng mee, kita dah bubuh sos tiram, tak payah bubuh garam lagi, sebab sos tiram dah cukup masin.




Last sekali bubuh serbuk lada hitam.




Mee goreng style mak mertua. Kalau suka pedas, letaklah sambal. Untuk Firdaus , aku gorengkan ikan bilis.Memang peberet dia.



Senyum tapir : teringat kenangan 1988 di Damansara PJ, Sheila majid order mee goreng , masa tu dia terkenal dengan lagu Pengemis Muda.

Tak kenal maka tak cinta

Apa khabar semua?Semoga hari jumaat ni menjanjikan hari yang paling bahagia dan ceria buat hidup korang.Topik aku hari ni , berkisar tentang ikan tongkol.Siapa yang tak kenal ikan tongkol , maka tak cinta dengan ikan tongkol , orang nogori panggil ikan kayu, kalau tak percaya sila tanya lisa orang nogori. Kebanyakan orang memang tak sukakan ikan tongkol ni, mungkin sebab isi dia yang sedikit keras, bila dah di goreng atau dimasak kuah. Aku bukanlah peminat tegar ikan tongkol, tapi suka jugaklah. Harganya yang berpatutan , sekilo RM8 tu, yang menambat hati nak beli ikan tu semalam.Ikan tongkol ni selalu aku suka masak sambal cili kering atau cili api. Kalau masak berkuah guna ikan tongkol ni aku tak berapa suka. Ada jugak yang dah kenal tak berapa cinta ngan ikan tongkol ni. Setiap orang berbeza pandangan dan selera.





Ikan tongkol macam ni besar, RM8 tepat-tepat sekilo. Bersihkan perut, potong macam kita potong ikan tengiri tu.





Biasakan mengoreng ikan dalam minyak yang banyak .




Sambal ikan tongkol yang dah siap.Resepi macam kita buat sambal yang lain.Kalau malas nak geledah kat dalam sila ambil kat sini. Tangan simontel ni, kalau tak menyibuk tak sah.




Sayur kobis cina ni bersaiz kecil sedikit , berbanding ngan kobis Cameron. Rasa lebih manis lagi, berbanding yang besar. Kobis ni , pilihan aku setiap kali membeli kobis.





Goreng simple je , guna ikan bilis dan bawang putih.




Senyum Tapir : Aku dah kenal laksa ngan mee kari, kenapa sampai sekarang tak boleh jatuh cinta?

Thursday, October 28, 2010

Pasaran Gelap

Pasar malam ni macam pasaran gelap.Kenapa aku kata pasaran gelap? sebab ada jual dvd cetak rompak. Aku suka beli dvd cetak rompak, kalau cerita orang putih. Buat apa, aku nak beli dvd original, nak tengok sekejap je. Dvd original cuma aku beli The Lord of the Ring ngan Harry porter je. Semua Dvd lagu , aku mesti beli yang original. Pasar malam ni ada gak jual bag LV , Chanel, Dior, Gucci, semua yang dah dicetak rompakkan. Banyak gak orang yang berminat beli bag cetak rompak ni.

Aku minta maaflah, kalau kata-kata aku menguris orang yang memakai barang palsu.Biasalah mulut aku nikan lazer. Siapa yang tak suka barang berjenama, semua orang pun suka.Ada orang tu, siap ambil gambar orang yang pakai handbag berjenama lagi. Ini pandangan peribadi akulah, sebab diri aku sebegitu. Aku tak kan beli beg berjenama tapi cetak rompak .Aku rasa macam menipu orang pulak. Kalau tak mampu jangan beli. Aku kalau teringin, masa bonus baru sambar satu yang berjenama. Jenama yang aku suka biasa-biasa je , Bonia ngan Carlo Rino je. Kalau betul-betul ada duit , baru aku beli.kalau tak de duit, pergi shopping complex, nampak beg jenama tu, pegang dan pandang jelah.

Jom kita rounder pasar-pasar malam. Aku suka beli barangan kering kat pasar malam. Beli waktu siang, sebab orang tak ramai pada masa tu.



Simontel tengah memilih bawang.





Semua jenis bawang, harga mahal semacam je.




Balik dari pasar malam, lepak depan tv makan jagung rebus .




Dah lama dapur tak berasap,barang kering semua dah habis, baru ada masa pergi pasar malam.




Dah isi, penuh balik, cili kering macam tak cukup je.

Barulah dapat, merajinkan diri masak nasi lemak pagi tadi.




Ikan bilis goreng mesti ada, Firdaus punya peberet , separuh lagi ikan bilis buat sambal.

Nak tengok lebih lanjut kat sini



Tak boleh lupa bawang besar yang banyak.




last sekali jangan lupa , masukkan Ikan bilis goreng.



Bahan sampingan untuk dimakan bersama nasi lemak.




Biasalah bekalan untuk drebar aku ni, blogger terlampau.





Senyum tapir : Aku tak suka orang yang bodoh sombong dan cemburu ngan orang lain tak bertempat.

Wednesday, October 27, 2010

Rancangan Noni di TV 1056



Wartawan ratu kebaya berhenti makan, sementara menunggu warga kerja rancangan Noni sedang membetulkan lighting di Hospital Manjoi. Sebentar lagi, Rancangan Noni akan bersiaran secara langsung dengan Doktor yang merawat pesakit usus nipis.



Salah seorang Doktor yang merawat pesakit usus nipis ditemuramah oleh wartawan rancangan noni, ratu kebaya dihospital manjoi. Mee segera yang dalam gambar tulah, menyebabkan usus pesakit itu nipis. Jadi kajian harus segera dijalankan keatas mee segera tu.



Salah seorang wartawan dari warga kerja Rancangan Noni, Cik Fura tengah merasa mee segera yang dibuat oleh pesakit usus nipis. Memang Cik Fura terkejut, sampai tercampak mangkuk plastik ditangan. Terkejut kerana tahap kepedasan yang melampau , macam raksasa keluarkan api mengfire ultraman.



Inilah bukti yang ditunjukkan oleh Cik Fura, sebelum mangkuk tercampak.Cili api lebih banyak dari mee segera.





Mee segera pedas kebabommmm sipesakit usus nipis. Bagi pengajaran penonton diluar sana , janganlah makan terlebih cili api, padah menanti.

Wartawan ratu kebaya dan fura melaporkan, untuk rancangan Noni.


_______________________________________________________________

Gerbang perkahwinan kali ini, berkisar dimajlis perkahwinan anak mamat dikampung ulu tembusu.



ibubapa mamat sehari sebelum, perkahwinan anak perempuannya berlangsung. Orang yang tak berkemampuan pun, mempunyai senyuman yang sama macam orang yang kaya kat luar sana.



sekitar majlis perkahwinan anak mamat.




budak kampung ulu tembusu berkeliaran di sekitar majlis perkahwinan (cam ku kenal je, anak siapalah ni)




Sekitar majlis tepung tawar dihari perkahwinan mamat.
(gambar sekadar imiganasi)



Dibawah khemah pengantin, penanggah sedang sibuk melayan tetamu.



Noni bersiaran setakat ini sahaja. Jumpa dilain waktu dan dihari yang sama. Ingatlah, Berbahagialah dengan apa yang ada didepan mata, dan sentiasa mengsyukuri apa yang dikurniakan.



Senyum tapir : Bukan salah Pengacara, tukarlah format rancangan tu. Nona kena ikut cam rancangan Noni, mesti meletup. Janganlah asyik cerita kisah orang kaya je.Cerita orang kaya memualkan.

Ini seriussssssss

Ini cerita serius, pasal masak asam tumis ikan pari. Biasalah dalam kehidupan kita , bak kata laki aku, yang aku pegang cakap dia sampai sekarang.Itu yang dia pesan kat anak akulah,

1) masa main, kita main
2) masa belajar, kita belajar
3) masa serius, kita serius
4)masa karoeke, kita karoeke

Laki aku punya bahasa ni kadang-kadang memelik sikit. Semalam atas motor, dia marah firdaus nyanyi-nyanyi . Dia marah guna bahasa yang aku tak pahamlah. Dia cakap cam ni

"Firdaus boleh diam tak? nanti ayah tak nampak jalan" Sampai sekarang aku memikirkan

a) Adakah bila mulut firdaus diam, baru laki aku nampak jalan.
b) Adakah mulut firdaus bersangkut paut ngan mata laki aku.ahhhh konpius aku nak pikir , layan masak asam tumis ikan pari aku lagi bagus.





Oleh kerana gambar ikan pari yang aku masak tu dah terdelete, makanya gambar ikan pari tu ,aku pergi curi kat Blog Hijau itu indah dan permai




1) cili kering 20 tangkai , 3 biji bawang merah kecil, 1 cm halia ngan 1cm kunyit dimesin.
2) asam jawa dibancuh ngan 700 ml air(biar masam sikit baru sedap, nama pun asam tumis.betul tak?)
3)2 atau 3 tangkai daun kari
4)belacan-1 cm je.(kalau suka boleh letak banyak)
5)tomato 2 biji-dibelah 2






ikan pari dicuci ngan air asam jawa dan digaram kunyit
bendi dikerat pangkal.
Tumis cili mesin sampai betul -betul pecah minyak.masukkan belacan tadi ngan 1/2 teaspoon garam.Kalau nak masak asam tumis yang sodap, cili hendaklah ditumis lama-lama.kalau takut hangit, kecikan api sedikit..Masukkan air asam jawa.Biar kuah betul-betu mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi .Jangan masak ikan terlalu lama, nanti kemanisan ikan hilang.Letak secubit kecil perasa ngan 1/2 teaspoon gula ; supaya rasa kuah seimbang.





Asam tumis ikan pari kesukaan ramai.kwang kwang





Ini cerita tak serius tapi benar ye. Hari minggu ari tu, aku pergi ke rumah anak perempuan aku . Dia masak kerang rebus cicah ngan kicap cili. Lebih kurang beberapa minit aku duduk, dia suruh aku makan nasi.Aku cakap tak nak makan nasi, nak makan kerang rebus je.Kerang rebus dia cedokkan untuk aku dalam satu mangkuk. Kicap cilinya, dia suruh aku ambil sendiri. Puas aku cari tak de, aku tanya dia, mana kicap cili tu? Memanglah aku tak jumpa, dengan lesung batu yang dia dah tumbuk, dia hidang sekali atas meja. Aku tersenyum, kalau nak tradisonal pun janganlah hidang sekali ngan lesung batu.



Senyum :Aku rasa hati dewi mesti terbakar macam kicap cili yang anak aku tumbuk ni, pasal entry semalam.

Tuesday, October 26, 2010

Sok Sek bersama Bedah Montok





Jangan ada blogger di luar sana, sebar gosip pasal Bedah pegang anjing pulak. Bedah pegang tali je.



Bedah montok nak sok sek sikit pasal blogger terlampau perasan Dewi harum sundal malam tu. Gosip tak baik pasal dia tu, bedah dengar dari kawan dia sendiri, tapi Bedah tak nak bagi tahu namanya. Selepas dengar gosip tu, Bedah pergi siasat, jelajah dalam blog dia. Memang sahlah kata kawan dia, blogger tu melampau dan jahanam.


Mak ngah dia yang Bedah kenal sebelum siblogger ni lahir, memang orangnya baik hati dan pemurah. Dulu arwah adik Bedah , selalu makan nasi bungkus kak kedai mak ngah.Masa arwah adik Bedah meninggal dunia, dia tak sempat bayar hutang nasi bungkus tu, mak ngah baik hati, dia halalkan semua hutang arwah adik.

Bedah dengar sekarang ni, mak ngah kat hospital Kelang, kaki dia kena potong sebab Diabetis yang tahap zon merah. Mak ngah tak sempat nak buat treatment ulat makan ulat. Kaki tahap zon merah macam tu, tak boleh buat treatment tu, sebab ulat tu dah terlampau besar. Bedah simpati dengan nasib yang menimpa mak ngah.

Macam manalah, Bedah yang orang luar simpati, siblogger jahanam tu boleh dengan suka hati mak bapak dia, ambil gambar kaki mak ngah , masa tu mak ngah belum sedarkan diri selepas istiadat memotong kaki. Baru Bedah tahu blogger-blogger kat luar sana, sanggup bertindak ganas dan zalim sebab nak naikkan traffic. Demi kerana membalas budi mak ngah terhadap arwah adik , Bedah akan beritahu mak ngah , perihal perangai buruk anak saudara dia. Bedah juga dah sms nama blog siblogger jahanam tu.

Dengarnya dia nampak je baik, jalan macam orang cari duit RM50, tapi lagi teruk dari Bedah sendiri.oppppssss.Bedah tak sezalim dia, sanggup menyelinap masuk icu bawa kamera yang disorokkan dalam lampin pakai buang anak dia, semata-mata nak ambil gambar kaki mak ngah, yang baru kena potong. Melampau betul, Siblogger tu cakap lagi kena cepat ambil gambar, kaki yang baru kena potong, gambarnya fresh dan nampak cantik. Apa punya jenis manusialah.


Semoga tuhan ampunkan dosa siblogger jahanam ni, yang sanggup menjaja kehulu kehilir kaki mak ngah dia, sebab nak naikkan traffic blog. Kalau jaja kuih muih pergi rumah orang lagi dapat pahala dan duit.Apa yang Bedah merepek ni.Bedah cau dulu..............



Senyum Tapir : Dewi kau ada ambil gambar masa istiadat pengkebumian kaki mak ngah kau yang kena potong tu tak?kalau macam tu naik lagilah traffic kau.mesti banyak buffered.

Benda yang paling ajaib

Hairan bin ajaib itulah anak. Pasangan yang ada ikatan perkahwinan, semuanya mendambakan cahaya mata iaitu anak. Anak memberi impak besar dalam kehidupan seseorang. keegoan , kesombangan, ketamakkan , kejahatan luntur kerana anak.



Setiap ibubapa, merasakan kelahiran anak itu satu anugerah dari tuhan yang tak boleh dinilai harganya. Lihat wajah anak, segala masaalah, penat , duka semuanya lenyap. Bagi semua ibubapa diluar sana , harta yang paling bernilai selain wang ringgit adalah anak.



Kenapa aku katakan anak itu begitu istimewa?



Semasa kecil kehidupan aku boleh dikategorikan susah. Ayah berkerja kontrak, arwah mak pula mencuci pinggan di sebuah restoran. Pendapatan ayah dan arwah emak memang tak cukup untuk menampung pendapatan keluarga. Tapi aku tak pernah merungut, apa yang dihidangkan aku makan dengan senang hati. Setakat makan nasi dengan garam tu dah perkara biasa. Bagi aku, pengalaman itulah yang dapat aku membina keyakinan diri , untuk terus mengharungi hidup yang lebih mencabar di masa akan datang.



Dari pengalaman lampau hidup susah, aku bertekad, bila aku mendapat anak selepas berkahwin nanti , aku tak nak anak aku melalui rasa kesusahan, sebagaimana yang aku lalui. Aku bersyukur, aku dikurniakan 4 orang anak. Aku beri mereka ilmu agama dan dunia secukupnya. Aku tak pernah paksa mereka mengikut telunjuk aku. Aku tanamkan dalam diri mereka, kalau nak buat sesuatu kena ada keikhlasan diri. Aku bangga , bila anak aku bercerita pada teman-temannya, dia tak pernah rasa susah masa dia kecil-kecil, tapi aku lebih lagi bangga, bila dia kata, aku sanggup berkorban untuk menyenangkan mereka. Dada aku lapang, cukuplah, walaupun dia tak merasa kesusahan hidup, at least dia tahu menghargai pengorbanan aku.


Bila melihat buat pertama kalinya wajah anak yang aku lahirkan, aku bisikkan ke telinganya, Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah SWT atas kurniannya, aku akan jaga dan besarkannya dengan penuh kasih sayang yang keikhlasan tanpa mengharap sesuatu balasan atau ganjaran darinya selepas dia berganjak dewasa. Cukuplah hanya Allah SWT yang memberi ganjaran dan balasan atas tanggungjawab itu. Sebagai ibu, aku ikhlas menjaga dan memberi ilmu agama dan dunia. Aku tak pernah mengharap sesuatu , bila dia dah dewasa. Aku harap kalau dia rasa nak membalas jasa aku membesarkan dia , biarlah dia balas dengan penuh keikhlasan.

Kebanyakan ibubapa diluar sana mengharap bila mereka dah melahirkan dan membesarkan anak, jasa mereka dibayar dengan wang ringgit. Kita jangan ada simpan niat yang macam tu dalam hati kita, ingatlah itu tanggung jawab yang diamanahkan Allah. Kalau ibubapa diluar sana membesarkan anak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang, Insyaalah mereka akan ingat tanpa diperingatkan.


Ibu pula adalah orang paling istimewa dihati anak-anak.Bagi mereka ibu adalah idola mereka. Kanapa aku kata begitu. Masa kecil anak aku bercita-cita nak jadi kerani, sebab aku bekerja sebagai kerani. Bila dia cakap macam tu, aku hanya mampu tersenyum. Dia mungkin tak tahu, kerani macam aku bersekolah setakat SPM, tapi kerana aku ibu dan ibu seharusnya dijadikan idola. Itulah anak.


Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap di hati anak-anak. Katakan pada aku, anak mana yang akan kata masakan ibu dia tak sedap. Sebagai ibu walau penat macam mana sekalipun permintaan anak tidak dapat ditolak.Contohnya aku, kesukaan anak yang no 1, sambal belacan pedas, walaupun lauk yang ada dah sedia banyak, aku ikutkan juga kehendak hatinya.Betapa kuatnya kuasa anak. Itu yang aku nak cuba beritahu, anak satu benda yang paling ajaib dalam dunia yang Allah SWT kurniakan kepada setiap pasangan yang dah berkahwin.





Gambar yang aku suka nak ambil.Firdaus tertidur, masa aku tengah memasak lauk kegemaran dia.

Dibawah ni lauk kegemaran Firdaus yang aku masak, yang dia tunggu sampai tertidur.



Telur dadar



Sambal sardin




Bayam goreng.



Senyum Tapir : Teringin sangat nak tahu, bagaimana hati dan perasaan seorang ibu yang sanggup mengandung 9 bulan, kemudian membuang bayi mereka selepas dilahirkan.

Saturday, October 23, 2010

Lepas geram subuh hening

Bersama DJ Abang Jet
Stesyen radio : star FM (0.99) (stesyen baru yang dirasmikan 19//10/2010)
Lepas geram subuh hening


Pemanggil pertama


Abang Jet : Siapa disana
Pemanggil : Saya Salina, dari KL
Abang Jet : Apa yang nak dilepaskan subuh-subuh ni?
Pemanggil : Saya geram sangat Salina nak dimuzikalkan. Salina yang dicetak buat kali pertama pada tahun 1961 , karya Tan Sri A Samad Said adalah novel yang istimewa, asli, penuh konflik dan meruntun jiwa . Saya tak nak keaslian Salina tercemar. Yang penting kat sini , Tan Sri A Samad Said idola saya.
Pemanggil : Semoga ada pihak -pihak yang berkenaan dari Istana kayangan yang tengah mendengar star FM waktu subuh ni.Sabar ye Salina.


Pemanggil Kedua

Abang Jet : Siapa disana
Pemanggil : Maimon dari N.Sembilan
Abang Jet : Apa kes subuh-subuh ni?
Maimon : Saya geram sangat ngan mak mertua saya.Ada ke patut, dia boleh bersengkongkol ngan jiran depan rumah mengutuk saya. Malu sangat saya masa tu, kebetulan saya tengah lalu nak pergi kerja
Abang Jet : Apa yang dia kutuk awak?
Maimon : Semalam , saya ada belikan 2 orang anak saya sotong bergula satu bungkus. Lepas makan, anak saya buang bungkusan sotong tu kat luar tingkap, masa mak mertua saya tengah menyapu halaman rumah, dia ternampak bungkusan sotong tu. Pasal bungkusan sotong tu, dia boleh cakap kat jiran depan rumah, saya kedekut, tangkai jering, semua peribahasa keluar . Saya bukan tak nak belikan dia, saya tak cukup duit. Dia kata lagi , kalau anak dia balik, dia nak pesan 1 lori sotong bergula, nak longgok depan saya.Pasal sotong bergula tu, kita orang jadi musuh sampai sekarang.
Abang Jet : Semoga Maimon tabah mengharungi hidup yang mencabar.



Pemanggil Ketiga


Abang Jet : Siapa di sana
Pemanggil : Majid dari Tanjung Sepat, Banting
Abang Jet : Majid, Apa kes, subuh -subuh lagi nak lepas geram.
Pemanggil : Saya geram sangat dengan surat khabar Berita Ladang, tanpa usul periksa, ladang ayam saya diletakkan kat muka depan akhbar, kononnya ladang saya tu , ladang yang terbabit dengan kes pembunuhan saudagar batu bata dari Nigeria. Sedangkan, pembunuhan tu berlaku kat ladang sebelah. Pasal cerita buruk dalam akhbar tu, Jualan ayam kat ladang saya merundum. Sebelum tu, saya tak tahu pulak ladang ayam saya masuk surat khabar, sehinggalah satu hari , diberitahu sendiri oleh salah seorang pekerja saya.
Abang Jet : Sabar jelah Majid.


Pemanggil keempat

Abang Jet : Siapa di sana?
Pemanggil : Saya Puan Gayah dari Sabah
Abang Jet : Apa yang nak digeramkan Puan Gayah?
Pemanggil : Saya ada tanam pokok mangga kat depan rumah .Buah-buah mangga tu, saya suka sarungkan dengan kertas surat khabar. Saya ni nak lepas geram dengan sipencuri buah mangga ni. Kalau nak curi buah mangga tu, curi sekali sarung dia. Hari tu kisahnya, ada sedara datang, ingatkan nak hidangkan buah mangga. Pergilah kat depan rumah, raba-raba buah mangga dah tak de.kurang ajar betul.Sarungnya tak nak ambik sekali.Buat kecur air liur je.
Abang Jet : Harap-harap pencuri buah mangga kat luar sana mendengar ye.Kalau nak curi mangga, curi sekali sarung dia.





Senyum tapir : Novel Salina aku suka sangat. Novel dia dah hilang dalam simpanan. Aku nak cari lagi, tapi harga dia buat aku terkejut sikit.

Friday, October 22, 2010

Misha sicantik manis


Siapa yang belum mengikuti kisah sebelumnya sila layari kat sini dan sini

______________________________________________________________



Jarum jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Luna Bar, disatu sudut, sang dara dan sang suami sedang melepaskan rindu dendam yang teramat, selepas seminggu tak bersua muka.

"Aku tak peduli , janji aku tak de niat jahat terhadap datuk. Duit, duit , itu yang penting buat masa ni. Bukannya aku nak buat zina. Datuk yang nak bagi duit, kenapa nak tolak?" gejolak hati kecilnya. "Memanglah salah, niat aku baik ,nak tolong family. Farid tetap cinta sampai mati. Kalau Farid tahu, mampos aku, tak pelah kalau dia tahu pun, aku boleh explain perkara sebenar.Farid lelaki yang boleh dibawa ke tengah, ke tepi. Itu yang penting." Farah menyedapkan hati sendiri.

"Datok, nak tambah air," sambil menuang vodka dicampur dengan sprite ke dalam cawan datuk.
"ohhh! sikit je, Misha tak minum?" sambil mengelus-gelus lembut jari runcing misha.Semenjak menjalinkan hubungan dengan misha, datuk dah pandai meneguk air syaitan. Mereka berkepit macam merpati dua sejoli. Bingkas dari sofa, mereka berdua menari-nari sambil mengikut muzik yang dialun. Seolah-olah hanyut dalam dunia sendiri, mereka diibaratkan.Semenjak berkenal-kenal dengan misha, datuk dah pandai meneguk air syaitan tu.

Lelaki mana yang tak jatuh cinta dengan misha? Orangnya cantik, manis, manja, tutur kata lemah lembut, semua pakej yang lengkap ada dekat misha. Salahkah aku jatuh cinta sekali lagi? Itukah takdir yang telah tersurat dalam hidup aku? Adakah Datin Markonah tak cukup sempurna? Soalan-soalan yang sering menerjah dikotak fikiran datuk sekarang.

Berdosakah aku, mempermainkan perasaan datuk, semata-mata kerana duit. Adakah cara yang lebih mudah mencari duit selain dari cara ni? Perempuan murahankah aku, pada pandangan Farid, kalau dia tahu aku yang sebenarnya? Biarlah masa dan takdir yang menentukan segala-galanya. Soalan itu seakan-akan seiring dengan muzik yang dialunkan. Fikiran Misha berkecamuk.

_________________________________________________________________


Adeba, setiausaha Datin Markonah yang dah berkhidmat lebih dari sepuluh tahun tu, meletakkan segelas jus epal dengan sedikit perahan limau kasturi .Minuman rutin setiap pagi datin. Gara-gara, nampak wajah datuk dalam surat khabar semalam, pagi ni menjanjikan hari yang paling ceria buatnya. Hatinya dah setenang air di lautan sekarang, kesetiaan dan kejujuran cintanya semua nak ditumpahkan ke datuk seorang, suami yang telah nikahi dah lebih 15 tahun. Fasha dan Farid pengarang jantung , bukan dia tak sayang, tapi pada datuk lebih lagi.

"Pagi ni datin ada perjumpaan dengan En.Akimoto, supplier kertas dari Jepun tu kat pejabat dia."Adeba sekadar mengingatkan. "Petang esok, you tak ke mana-mana?"
Adeba mengeleng tanpa bertangguh. "Kalau macam tu bolehlah temankan I shopping," pelawanya. Selalunya Fasha yang jadi peneman, oleh kerana dia dah duduk asrama, Adeba yang jadi mangsa. Adeba, setiausaha yang baik, mendengar cakap dan amanah. Semua sifat itulah, membuat Datin Markonah sayang dan percaya pada Adeba.


Di tingkat 2 Mid Valley, kelihatan Datin Markonah dan Adeeba meninjau-meninjau butik yang ada di sana. Datin bukan gila barang berjenama, mahal atau murah belakang kira, yang penting barang tu berkualiti .Lagi satu datin bukan jenis kedekut pada pekerja, setiap kali bershopping, pasti ada buah tangan yang dibeli untuk mereka.

"kot kot ada yang berkenan, bolehlah sambar." "Betul datin, sekarang ni tengah mega sales. Coach ada diskaun 50%." Adeba mengiyakan cakap datin. Selepas lebih kurang 2 jam membeli belah sakan, dah tiba masanya nak mengisi perut yang dah menjerit kelaparan. Restoran Fish manhattan jadi pilihannya, setiap kali ke situ. Makan dengan berselang seli berborak tentang kerja , memang mengujakan. Meja makan mereka betul-betul berhampiran dengan pintu masuk restoran. Memang suka sangatlah datin, sambil makan boleh mencuci mata melihat orang lalu lalang. Matanya tiba-tiba tertacap pada seseorang yang seakan dikenali. Sudu ditangan hampir terlepas." Takkan Datuk Rahim, berkepit dengan perempuan muda, sebaya anak dara sendiri." Bisik hati kecilnya. "Aahh!! pelanduk dua serupa kot, takkanlah tempat punya besar ni boleh jumpa datuk kot," dia menyedapkan hati sendiri, sambil terus menyambung makan.

Selepas makan mereka masih berlegar-legar diruang legar , sambil mata melilau mencari, kalau ada yang berkenan dihati hendak dibeli. "Datin dah malam ni, tak nak balik ke?" Adeba mengingatkan.Datin Markonah melihat jam ditangan."Jomlah balik, I hantar you pulang .Mak you tak bising ke nanti, balik malam sangat."Tak delah , keluar dengan datin tak pe," sambil beiringan dengan datin keluar dari butik coach. Sejurus kemudian Estima Datin Markonah kelihatan menyusur keluar dari Mid Valley.

Adakah itu Datuk Rahim dan Misha? Saksikankan episod akan datang dimasa dan dilain hari.......






Senyum tapir : Jangan cakap aku tiru chinta bahduri.aku tak tengok pun drama tu.

Thursday, October 21, 2010

Akak baru buka bengkel motor



Syukurlah , semenjak rezeki bertambah ni, akak ada membuka sebuah bengkel motor di sungai sidu.Sesiapa yang mempunyai masaalah dengan motor mereka, silalah datang ke bengkel akak di atas. Bengkel ni baru saja dirasmikan oleh Datuk Mustapa Adun Sg.Sidu . Akak menawarkan rawatan paling murah sekali.Disamping tu akak ada bagi kad point. Sesiapa yang kerap datang , akak bagi point.Point tu pulak boleh ditukar dengan beberapa hadiah, termasuk sebuah motor ngan set pinggan mangkuk arcopal.

Rebutlah peluang, datang cepat.Akak ada 3 pekerja yang paling mahir dalam bab mengecat, pengimpalan dan penglupusan sekali.Jangan khuatir, masa gambar tu diambil, ketika pekerja semua dah balik.itu yang nampak macam lenggang. Selalunya kalau masa peak hour 8pagi hingga 5 petang, tak menang tangan.


Alamat bengkel

ss/8 berhampiran dengan kedai todi Maniam A/L Palam(Kat depan tulis besar nama dia)
No. 15.estet sg sidu
Banting

Datang cepat, peluang keemasan jangan dilepas. Sementara menunggu motor korang dibaiki, ada akak kasi oren kampung percuma. Siapa yang ada basikal buruk jugak boleh trade in.



Senyum tapir : da ba da ba du lepas ni nak buka bengkel kereta pulak.




Wednesday, October 20, 2010

Feedback selepas 2 hari Datin Markonah bersiaran

Selamat petang pembaca-pembaca semua,


Semalam aku terima beberapa email diinbox aku akakspiderman65@gmail.com , bercakap mengenai e-cerpen aku Datin Markonah. Di bawah ni je yang dapat aku siarkan, yang lain akan datang ye.



email pertama





gambar iras Datin Markonah. Lain kali , di harap pembaca jangan terpengaruh pada nama.


kak spiderman,saya cakap, jangan marah ye ? boleh tak tukar watak Datin Markonah tu.
Dari nama, macam dah dapat tahu muka dia mesti buruk.


email dari : mawar busuk@gmail.com
Tarikh : 20/10/2010


Jawapan kak ina mail


Maaf, bukan kak spiderman.Dari nama, tak semestinya muka dia buruk.Datin Markonah yang akak kenal lebih cantik dari Fasha Sandha.Cuma mak dia tu yang tradisional sangat.Suka nama orang dulu-dulu.Datin Markonah punya abang lagi teruk nama dia, Martopo.Harap maaf dik,
akak tak dapat tunaikan hasrat adik.INI E-CERPEN AKAK, SUKA HATI AKAKLAH.untuk mawar busuk, diatas tu adalah gambar iras Datin Markonah.Akak nasihatkan lain kali "don't judge a book by its cover.

_____________________________________________________________

email kedua

Boleh tak akak buat cerita cinta remaja.ini cam cerita orang tua je.tak feelinglah nak baca.
saya suka cam lagenda budak setan-ahadiat akashah tu.


email dari : daragenit90@yahoo.com
tarikh : 19/10/2010


Jawapan kak ina mail


Ye ke, nanti tunggu cerita akak akan datang lagenda dara genit.cerita remaja habis punya.Fikir 10 kali, tak pelah dik.INI E-CERPEN AKAK, SUKA HATI AKAKLAH.

_________________________________________________________________

email ketiga :


Banglo asmara tu geli-gelilah dengar.buat nama vila cinta bersemi ke, cam cerita dalam suara kekasih tu.Tajuk tak komersiallah akak. Kat luar sana, tak de lagi orang letak novel atau cerpen , Datin Markonah.


email dari : Joejambu92@gmail.com
tarikh : 20/10/2010



Jawapan kak ina mail

Apa kau ingat nak letak banglo tu, nama jambu cam nama kau. sorrylah dik, akak ni rock kapak.Akak tak boleh feeling sangat ngan villa cam suara kekasih tu.Akak ada identiti sendiri.

_________________________________________________________________

email keempat


spiderman , kau dah tak de kerja lain ke. kenapa ko buat cerita pasal ayah aku? Aku tahulah mak aku kawan dengan kau.Tapi jangan pulak diam-diam , kau ambil masaalah yang dia cerita, kau jadikan cerpen kau pulak.nak mengaut keuntungan dari masaalah orang lain ke?


email dari : faridrahim88@gmail.com
tarikh : 20/10/2010

Jawanpan kak ina mail

Beri salam dulu, kalau nak terjah orang. Buat pengetahuan kau nama ,watak dan tempat tak de kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati. lagi satu, kalau kau nak tahu, kebanyakan filem, drama, novel dan cerpen, 95 % adalah dari kisah benar, yang selebihnya dari imiginasi penulis dan produser itu sendiri. terimak -bahasa india -ada faham-bahasa melayu




Bila tak busy aku siarkan email yang lain ye.tungguuuuu


senyum tapir : Sapalah anonymous yang berselindung disebalik nama aku kiut tu. Kalau dia kiut, kenapa dia tanya produk Dr.Rozmey pulak.konpius.

Datin Markonah-episod 2

Ramai yang jantungnya berdegup kencang, dah tak sabar nak tahu apa yang terjadi selepas tu, dan kenapa Datuk Rahim tak balik semalam. Siapa yang belum mengikuti kisah Datin Markonah sila-silakan ke sini. Jangan biarkan jantung anda terus berdegup kencang , nanti dapat heart attack pulak. Jom ikuti kisah seterusnya.


______________________________________________________________________

Banglo asmara sepi, sesepi hati penghuninya.Selepas mendengar keputusan datuk tak jadi balik, semua makanan yang terhidang di masukkan dalam beberapa plastik lalu dikat kemas dengan gelang getah. Mak minah terima arahan dari datin, semua makanan yang tak habis nak diagihkan ke rumah anak yatim berhampiran. Pak mat, drebar datin yang jadi tukang hantar makanan -makanan tu.

"gila!! makannya tak ramai , masak cam nak buat kenduri arwah, masak kat kenduri arwah pun tak banyak cam ni," getus mak minah sendiri, sambil tangannya macam lipas kudung mengisi semua lauk pauk ke dalam plastik. Semua kuih muih pun nak diagihkan, kecuali donut. Itu peberet Farah , anak bongsu Datin Markonah.Malam ni , dia balik dari asrama. Satu-satunya pesanan penting datin, masuk ke dalam gegendang telinga Mak Minah.



Donut ni bukan gambar google(ini buat pagi semalam, nak resepi sila geladah kat dalam).Ini kesukaan Farah , anak bongsu Datin Markonah.




"Mak Minah!! dah siap. Mat nak berangkat ni. lepas ni ada hal lain pulak." "kalau dah siap nanti, masukkan semuanya ke dalam kereta ye, mat nak pergi solat isyak dulu," sambil berlalu menuju ke bilik sembahyang . Pak mat ni , orangnya berbudi bahasa dan tak sombong, sebab tulah keluarga datin boleh anggap dia macam saudara sendiri.


Dari petang tadi, Datin Markonah tak turun dari bilik. Dia membawa hati yang kecewa, selepas datuk Rahim mengambil keputusan tak jadik balik untuk makan malam bersama.
"Apalah guna banglo yang besar ni dengan 16 bilik, tapi dibiarkan kosong tak de penghuni, Farid ngan Farah pun tak nak tinggal kat sini, biarkan mama keseorangan"detik hati kecil Datin Markonah . Farid mengambil keputusan tinggal di luar bersama teman sejawatan, Farah pulak memilih tinggal di asrama penuh, selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Datin Markonah terpaksalah hormat dengan jalan yang mereka pilih. Dia tak nak jadi mama yang menyekat kemahuan anak-anak.

Dia melayan perasaan sendiri, selepas menunaikan solat Isyak. Mendengar alunan merdu , sipelantun yang sebenarnya , sambil merehatkan badan di atas katil versace, memang mengasyikkan disaat jiwa duka lara. Fikirannya melayang-layang. Digapainya surat khabar yang ada di atas meja bacaan di tepi katil. Sehari suntuk tak dapat lagi menyelak mana-mana lembaran sekalipun. Surat khabar memang tak lengkap, kalau sehari tak membacanya, itulah Datin Markonah. Diselak lembaran demi lembaran. Matanya tiba-tiba terpempan dimuka surat 15, wajah orang dirinduinya, ditunggunya , ada di depan mata. Macam bermimpi. Pipi gebu putih mulusnya , digenangi air mata . Air mata yang sarat menanggung rindu yang amat.

"Berdosakah aku, prasangka buruk pada abang." "Ya.Allah, ampunkan aku, aku berdosa, abang tak salah, betullah abang cakap, busy kebelakangan ni." Datin Markonah meratap sendiri, terus terlena bermimpikan Datuk Rahim.





Cari gambar Datuk Rahim dalam bulatan.Kalau tak nampak, tak dapat eden nak tolong.


Nantikan lagi, liku-liku hidup Datin Markonah diepisod seterusnya......................



Senyum tapir : Gambar dah diberi izin, datin jangan saman ye.penulis tak de duit nak bayar.

Tuesday, October 19, 2010

e-cerpen bergambar


Ikut semangat Dr.Rozmey, sambungan cerita pagi tadi kat sini. E-novel belum keluar lagi, semangat nak keluarkan e-cerpen bergambar pulak datang. kwang kwang.Korang tak kisahkan , tapi watak-wataknya semua sama cam dalam e-novel yang aku nak keluarkan lagi 60 hari dari sekarang.






Subuh hening lagi mak minah dah mesin cili kering bersama bawang merah ngan bawang putih. Perahan air asam jawa pun disediakan sekali.Mak minah sibuk luar biasa, petang ni Datuk rahim nak balik, katanya datin Markonah. Datin Markonah dah bersiap nak kespa.Nak pasang badan, semua yang berdaki, nak disental. "gila!! , subuh cam ni spa mana yang bukak." Ngomel mak minah sorang.




Selalunya, sebelum membuat sambal ikan pari kegemaran datuk, ikan pari akan digoreng garing -garing dulu dalam minyak yang banyak.





Resepi membuat sambal yang sedap ni, datin markonah yang ajar. Cilinya kena ditumis sampai pecah minyak.Itulah pelajaran pertama yang diajar masa mula-mula menjejakkan kaki ke banglo asmara . Mulanya mak minah tak tahu apa-apa. Al-maklumlah, mak minah dari tanah seberang.Keluarga yang diseberang semuanya orang susah. perlahan-lahan, Mak minah belajar menyesuaikan diri dengan family datin Markonah dan perkakas elektrik di banglo ni.






Sambal ikan pari dah siap terhidang di meja bersama lauk-lauk yang lain.Dari tadi , Mak minah orang gaji yang dianggap seperti mak sendiri ,sibuk menghidangkan beberapa lauk yang dimasak dari subuh. Itu semua gara -gara mendengar Datuk Rahim nak pulang malam ni. Mak minah kelam kabut, Datin Markonah pun sama.Sedang masing-masing sibuk menghidang bagai , telefon bimbit datin Markonah berdering.
"tak jadi balik, kenapa? " Sambil memintal rambutnya yang baru balik dari salon.
"abang sibuklah, malam ni ada meeting ngan client.Kalau balik pun, esok petang." Suara Datuk Rahim mematikan talian .
Pahit kelat cam jadam muka Datin Markonah , sambil menghempaskan telefon bimbit kat atas meja makan.

Datin Markonah kecewa, terguris , sambal ikan pari yang sebelum ni memang kegemaran Datuk ,tak dapat membawa datuk kembali ke banglo asmara....bersambung kalau ada kelapangan



Senyum tapir : cam mana? happy?khe khe

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina