Showing posts with label e-cerpen. Show all posts
Showing posts with label e-cerpen. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Misha sicantik manis


Siapa yang belum mengikuti kisah sebelumnya sila layari kat sini dan sini

______________________________________________________________



Jarum jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Luna Bar, disatu sudut, sang dara dan sang suami sedang melepaskan rindu dendam yang teramat, selepas seminggu tak bersua muka.

"Aku tak peduli , janji aku tak de niat jahat terhadap datuk. Duit, duit , itu yang penting buat masa ni. Bukannya aku nak buat zina. Datuk yang nak bagi duit, kenapa nak tolak?" gejolak hati kecilnya. "Memanglah salah, niat aku baik ,nak tolong family. Farid tetap cinta sampai mati. Kalau Farid tahu, mampos aku, tak pelah kalau dia tahu pun, aku boleh explain perkara sebenar.Farid lelaki yang boleh dibawa ke tengah, ke tepi. Itu yang penting." Farah menyedapkan hati sendiri.

"Datok, nak tambah air," sambil menuang vodka dicampur dengan sprite ke dalam cawan datuk.
"ohhh! sikit je, Misha tak minum?" sambil mengelus-gelus lembut jari runcing misha.Semenjak menjalinkan hubungan dengan misha, datuk dah pandai meneguk air syaitan. Mereka berkepit macam merpati dua sejoli. Bingkas dari sofa, mereka berdua menari-nari sambil mengikut muzik yang dialun. Seolah-olah hanyut dalam dunia sendiri, mereka diibaratkan.Semenjak berkenal-kenal dengan misha, datuk dah pandai meneguk air syaitan tu.

Lelaki mana yang tak jatuh cinta dengan misha? Orangnya cantik, manis, manja, tutur kata lemah lembut, semua pakej yang lengkap ada dekat misha. Salahkah aku jatuh cinta sekali lagi? Itukah takdir yang telah tersurat dalam hidup aku? Adakah Datin Markonah tak cukup sempurna? Soalan-soalan yang sering menerjah dikotak fikiran datuk sekarang.

Berdosakah aku, mempermainkan perasaan datuk, semata-mata kerana duit. Adakah cara yang lebih mudah mencari duit selain dari cara ni? Perempuan murahankah aku, pada pandangan Farid, kalau dia tahu aku yang sebenarnya? Biarlah masa dan takdir yang menentukan segala-galanya. Soalan itu seakan-akan seiring dengan muzik yang dialunkan. Fikiran Misha berkecamuk.

_________________________________________________________________


Adeba, setiausaha Datin Markonah yang dah berkhidmat lebih dari sepuluh tahun tu, meletakkan segelas jus epal dengan sedikit perahan limau kasturi .Minuman rutin setiap pagi datin. Gara-gara, nampak wajah datuk dalam surat khabar semalam, pagi ni menjanjikan hari yang paling ceria buatnya. Hatinya dah setenang air di lautan sekarang, kesetiaan dan kejujuran cintanya semua nak ditumpahkan ke datuk seorang, suami yang telah nikahi dah lebih 15 tahun. Fasha dan Farid pengarang jantung , bukan dia tak sayang, tapi pada datuk lebih lagi.

"Pagi ni datin ada perjumpaan dengan En.Akimoto, supplier kertas dari Jepun tu kat pejabat dia."Adeba sekadar mengingatkan. "Petang esok, you tak ke mana-mana?"
Adeba mengeleng tanpa bertangguh. "Kalau macam tu bolehlah temankan I shopping," pelawanya. Selalunya Fasha yang jadi peneman, oleh kerana dia dah duduk asrama, Adeba yang jadi mangsa. Adeba, setiausaha yang baik, mendengar cakap dan amanah. Semua sifat itulah, membuat Datin Markonah sayang dan percaya pada Adeba.


Di tingkat 2 Mid Valley, kelihatan Datin Markonah dan Adeeba meninjau-meninjau butik yang ada di sana. Datin bukan gila barang berjenama, mahal atau murah belakang kira, yang penting barang tu berkualiti .Lagi satu datin bukan jenis kedekut pada pekerja, setiap kali bershopping, pasti ada buah tangan yang dibeli untuk mereka.

"kot kot ada yang berkenan, bolehlah sambar." "Betul datin, sekarang ni tengah mega sales. Coach ada diskaun 50%." Adeba mengiyakan cakap datin. Selepas lebih kurang 2 jam membeli belah sakan, dah tiba masanya nak mengisi perut yang dah menjerit kelaparan. Restoran Fish manhattan jadi pilihannya, setiap kali ke situ. Makan dengan berselang seli berborak tentang kerja , memang mengujakan. Meja makan mereka betul-betul berhampiran dengan pintu masuk restoran. Memang suka sangatlah datin, sambil makan boleh mencuci mata melihat orang lalu lalang. Matanya tiba-tiba tertacap pada seseorang yang seakan dikenali. Sudu ditangan hampir terlepas." Takkan Datuk Rahim, berkepit dengan perempuan muda, sebaya anak dara sendiri." Bisik hati kecilnya. "Aahh!! pelanduk dua serupa kot, takkanlah tempat punya besar ni boleh jumpa datuk kot," dia menyedapkan hati sendiri, sambil terus menyambung makan.

Selepas makan mereka masih berlegar-legar diruang legar , sambil mata melilau mencari, kalau ada yang berkenan dihati hendak dibeli. "Datin dah malam ni, tak nak balik ke?" Adeba mengingatkan.Datin Markonah melihat jam ditangan."Jomlah balik, I hantar you pulang .Mak you tak bising ke nanti, balik malam sangat."Tak delah , keluar dengan datin tak pe," sambil beiringan dengan datin keluar dari butik coach. Sejurus kemudian Estima Datin Markonah kelihatan menyusur keluar dari Mid Valley.

Adakah itu Datuk Rahim dan Misha? Saksikankan episod akan datang dimasa dan dilain hari.......






Senyum tapir : Jangan cakap aku tiru chinta bahduri.aku tak tengok pun drama tu.

Wednesday, October 20, 2010

Feedback selepas 2 hari Datin Markonah bersiaran

Selamat petang pembaca-pembaca semua,


Semalam aku terima beberapa email diinbox aku akakspiderman65@gmail.com , bercakap mengenai e-cerpen aku Datin Markonah. Di bawah ni je yang dapat aku siarkan, yang lain akan datang ye.



email pertama





gambar iras Datin Markonah. Lain kali , di harap pembaca jangan terpengaruh pada nama.


kak spiderman,saya cakap, jangan marah ye ? boleh tak tukar watak Datin Markonah tu.
Dari nama, macam dah dapat tahu muka dia mesti buruk.


email dari : mawar busuk@gmail.com
Tarikh : 20/10/2010


Jawapan kak ina mail


Maaf, bukan kak spiderman.Dari nama, tak semestinya muka dia buruk.Datin Markonah yang akak kenal lebih cantik dari Fasha Sandha.Cuma mak dia tu yang tradisional sangat.Suka nama orang dulu-dulu.Datin Markonah punya abang lagi teruk nama dia, Martopo.Harap maaf dik,
akak tak dapat tunaikan hasrat adik.INI E-CERPEN AKAK, SUKA HATI AKAKLAH.untuk mawar busuk, diatas tu adalah gambar iras Datin Markonah.Akak nasihatkan lain kali "don't judge a book by its cover.

_____________________________________________________________

email kedua

Boleh tak akak buat cerita cinta remaja.ini cam cerita orang tua je.tak feelinglah nak baca.
saya suka cam lagenda budak setan-ahadiat akashah tu.


email dari : daragenit90@yahoo.com
tarikh : 19/10/2010


Jawapan kak ina mail


Ye ke, nanti tunggu cerita akak akan datang lagenda dara genit.cerita remaja habis punya.Fikir 10 kali, tak pelah dik.INI E-CERPEN AKAK, SUKA HATI AKAKLAH.

_________________________________________________________________

email ketiga :


Banglo asmara tu geli-gelilah dengar.buat nama vila cinta bersemi ke, cam cerita dalam suara kekasih tu.Tajuk tak komersiallah akak. Kat luar sana, tak de lagi orang letak novel atau cerpen , Datin Markonah.


email dari : Joejambu92@gmail.com
tarikh : 20/10/2010



Jawapan kak ina mail

Apa kau ingat nak letak banglo tu, nama jambu cam nama kau. sorrylah dik, akak ni rock kapak.Akak tak boleh feeling sangat ngan villa cam suara kekasih tu.Akak ada identiti sendiri.

_________________________________________________________________

email keempat


spiderman , kau dah tak de kerja lain ke. kenapa ko buat cerita pasal ayah aku? Aku tahulah mak aku kawan dengan kau.Tapi jangan pulak diam-diam , kau ambil masaalah yang dia cerita, kau jadikan cerpen kau pulak.nak mengaut keuntungan dari masaalah orang lain ke?


email dari : faridrahim88@gmail.com
tarikh : 20/10/2010

Jawanpan kak ina mail

Beri salam dulu, kalau nak terjah orang. Buat pengetahuan kau nama ,watak dan tempat tak de kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati. lagi satu, kalau kau nak tahu, kebanyakan filem, drama, novel dan cerpen, 95 % adalah dari kisah benar, yang selebihnya dari imiginasi penulis dan produser itu sendiri. terimak -bahasa india -ada faham-bahasa melayu




Bila tak busy aku siarkan email yang lain ye.tungguuuuu


senyum tapir : Sapalah anonymous yang berselindung disebalik nama aku kiut tu. Kalau dia kiut, kenapa dia tanya produk Dr.Rozmey pulak.konpius.

Datin Markonah-episod 2

Ramai yang jantungnya berdegup kencang, dah tak sabar nak tahu apa yang terjadi selepas tu, dan kenapa Datuk Rahim tak balik semalam. Siapa yang belum mengikuti kisah Datin Markonah sila-silakan ke sini. Jangan biarkan jantung anda terus berdegup kencang , nanti dapat heart attack pulak. Jom ikuti kisah seterusnya.


______________________________________________________________________

Banglo asmara sepi, sesepi hati penghuninya.Selepas mendengar keputusan datuk tak jadi balik, semua makanan yang terhidang di masukkan dalam beberapa plastik lalu dikat kemas dengan gelang getah. Mak minah terima arahan dari datin, semua makanan yang tak habis nak diagihkan ke rumah anak yatim berhampiran. Pak mat, drebar datin yang jadi tukang hantar makanan -makanan tu.

"gila!! makannya tak ramai , masak cam nak buat kenduri arwah, masak kat kenduri arwah pun tak banyak cam ni," getus mak minah sendiri, sambil tangannya macam lipas kudung mengisi semua lauk pauk ke dalam plastik. Semua kuih muih pun nak diagihkan, kecuali donut. Itu peberet Farah , anak bongsu Datin Markonah.Malam ni , dia balik dari asrama. Satu-satunya pesanan penting datin, masuk ke dalam gegendang telinga Mak Minah.



Donut ni bukan gambar google(ini buat pagi semalam, nak resepi sila geladah kat dalam).Ini kesukaan Farah , anak bongsu Datin Markonah.




"Mak Minah!! dah siap. Mat nak berangkat ni. lepas ni ada hal lain pulak." "kalau dah siap nanti, masukkan semuanya ke dalam kereta ye, mat nak pergi solat isyak dulu," sambil berlalu menuju ke bilik sembahyang . Pak mat ni , orangnya berbudi bahasa dan tak sombong, sebab tulah keluarga datin boleh anggap dia macam saudara sendiri.


Dari petang tadi, Datin Markonah tak turun dari bilik. Dia membawa hati yang kecewa, selepas datuk Rahim mengambil keputusan tak jadik balik untuk makan malam bersama.
"Apalah guna banglo yang besar ni dengan 16 bilik, tapi dibiarkan kosong tak de penghuni, Farid ngan Farah pun tak nak tinggal kat sini, biarkan mama keseorangan"detik hati kecil Datin Markonah . Farid mengambil keputusan tinggal di luar bersama teman sejawatan, Farah pulak memilih tinggal di asrama penuh, selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Datin Markonah terpaksalah hormat dengan jalan yang mereka pilih. Dia tak nak jadi mama yang menyekat kemahuan anak-anak.

Dia melayan perasaan sendiri, selepas menunaikan solat Isyak. Mendengar alunan merdu , sipelantun yang sebenarnya , sambil merehatkan badan di atas katil versace, memang mengasyikkan disaat jiwa duka lara. Fikirannya melayang-layang. Digapainya surat khabar yang ada di atas meja bacaan di tepi katil. Sehari suntuk tak dapat lagi menyelak mana-mana lembaran sekalipun. Surat khabar memang tak lengkap, kalau sehari tak membacanya, itulah Datin Markonah. Diselak lembaran demi lembaran. Matanya tiba-tiba terpempan dimuka surat 15, wajah orang dirinduinya, ditunggunya , ada di depan mata. Macam bermimpi. Pipi gebu putih mulusnya , digenangi air mata . Air mata yang sarat menanggung rindu yang amat.

"Berdosakah aku, prasangka buruk pada abang." "Ya.Allah, ampunkan aku, aku berdosa, abang tak salah, betullah abang cakap, busy kebelakangan ni." Datin Markonah meratap sendiri, terus terlena bermimpikan Datuk Rahim.





Cari gambar Datuk Rahim dalam bulatan.Kalau tak nampak, tak dapat eden nak tolong.


Nantikan lagi, liku-liku hidup Datin Markonah diepisod seterusnya......................



Senyum tapir : Gambar dah diberi izin, datin jangan saman ye.penulis tak de duit nak bayar.

Tuesday, October 19, 2010

e-cerpen bergambar


Ikut semangat Dr.Rozmey, sambungan cerita pagi tadi kat sini. E-novel belum keluar lagi, semangat nak keluarkan e-cerpen bergambar pulak datang. kwang kwang.Korang tak kisahkan , tapi watak-wataknya semua sama cam dalam e-novel yang aku nak keluarkan lagi 60 hari dari sekarang.






Subuh hening lagi mak minah dah mesin cili kering bersama bawang merah ngan bawang putih. Perahan air asam jawa pun disediakan sekali.Mak minah sibuk luar biasa, petang ni Datuk rahim nak balik, katanya datin Markonah. Datin Markonah dah bersiap nak kespa.Nak pasang badan, semua yang berdaki, nak disental. "gila!! , subuh cam ni spa mana yang bukak." Ngomel mak minah sorang.




Selalunya, sebelum membuat sambal ikan pari kegemaran datuk, ikan pari akan digoreng garing -garing dulu dalam minyak yang banyak.





Resepi membuat sambal yang sedap ni, datin markonah yang ajar. Cilinya kena ditumis sampai pecah minyak.Itulah pelajaran pertama yang diajar masa mula-mula menjejakkan kaki ke banglo asmara . Mulanya mak minah tak tahu apa-apa. Al-maklumlah, mak minah dari tanah seberang.Keluarga yang diseberang semuanya orang susah. perlahan-lahan, Mak minah belajar menyesuaikan diri dengan family datin Markonah dan perkakas elektrik di banglo ni.






Sambal ikan pari dah siap terhidang di meja bersama lauk-lauk yang lain.Dari tadi , Mak minah orang gaji yang dianggap seperti mak sendiri ,sibuk menghidangkan beberapa lauk yang dimasak dari subuh. Itu semua gara -gara mendengar Datuk Rahim nak pulang malam ni. Mak minah kelam kabut, Datin Markonah pun sama.Sedang masing-masing sibuk menghidang bagai , telefon bimbit datin Markonah berdering.
"tak jadi balik, kenapa? " Sambil memintal rambutnya yang baru balik dari salon.
"abang sibuklah, malam ni ada meeting ngan client.Kalau balik pun, esok petang." Suara Datuk Rahim mematikan talian .
Pahit kelat cam jadam muka Datin Markonah , sambil menghempaskan telefon bimbit kat atas meja makan.

Datin Markonah kecewa, terguris , sambal ikan pari yang sebelum ni memang kegemaran Datuk ,tak dapat membawa datuk kembali ke banglo asmara....bersambung kalau ada kelapangan



Senyum tapir : cam mana? happy?khe khe

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina