Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Aneka sotong

Salam hari sabtu..................


Cian ngan blog ni dah bersawang. Nasib baik pagi ni tak berapa nak bizi, boleh sapu sawang sikit.Jom layan aneka resepi sotong, sesekali makan sotong pun sodap. Kalau diberi pilihan antara sotong ngan udang, aku pilih sotong. Memang dari azali aku kureng ngan udang ni. Kat rumah ni pun memang jarang masak sotong ngan udang, sebab anak -anak tak berapa gemar . Kalau dah buntu tak tahu nak masak apa tuk family hari ni, cubalah lauk sotong ni.


Jom layan..............

Sotong berkuah pekat



Bahan-bahan :

1kg sotong di potong empat segi dan dikelar-kelar(kalau potong cam biasa pun boleh)
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang cili merah dibelah dua
1 batang cili hijau dibelah dua2 biji buah tomato dibelah dua

Bahan-bahan yang dimesin :

8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cilimerah
5 biji cili padi
6 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai dititik
1 cm lengkuas

~~~~~~~~~~~

1 helai daun kunyit dihiris nipis2
1 camca kecil Gula merah
Garam secukupnya
3 keping Asam keping
2 cawan santan pekat

Cara-cara membuatnya :

Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama lengkuas dan bahan-bahan yang dimesin sampai wangi Masukkan santan dan asam keping, didihkan perlahan-lahan sampai pekat Masukkan sotong, gula jawa, garam dan cili, tomato serta hirisan daun kunyit. lepas tu bolehlah hidang



Sotong berserai




Bahan-Bahan

500 gm sotong

Bahan A

2 mangkuk santan
10 biji cili api]
5 biji cili merah]
5 ulas bawang merah ] dikisar
2 sm halia]

Bahan B:

1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa


Cara:Sotong dibersihkan dan ditoskan airnya. Masukkan bahan A yang lain ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.Kemudian masukkan bahan B dan masak lagi hingga mendidih.Apabila kuahnya hampir kering, masukkan sotong dan masak lagi hingga mendidih. Lepas tu bolehlah hidangkan.



Tips Ngetop


1)Jangan masak sotong terlalu lama, ditakuti sotong jadi liat.

2)Kalau nak guna gula dalam masakan cuba guna gula merah, sebab rasa masakan bertambah sedap dan beraroma.


Wednesday, May 25, 2011

Sambal udang



Sambal Udang





1)Bawang merah kecik 5 ulas
2)20 tangkai cili kering
3)1/2 kilo udang basah, dikupas kulit ,basuh dan tuskan
4) sedikit air asam jawa
5)1 labu bawang besar dihiris bulat.

Tumis cili kering yang diblend ngan bawang merah kecik sampai pecah minyak.




Nampak tak keadaan cili yang dah pecah minyak. Bila dah cam tu rupanya, masukkan air asam jawa . Biar cili masak sebati bersama asam jawa.



Masukkan udang. Bubuh sedikit garam, gula, dan secoet perasa . ketiga bahan ni, dapat seimbangkan rasa sambal udang .




Akhir sekali selepas udang hampir masak, masukkan hirisan bawang besar.Kacau sekejap, kemudian angkat.



Tips ngetop

1) Simpan udang yang belum dikupas kulit ke dalam plastik yang di isi air ngan garam supaya udang sentiasa fresh walaupun dah difrozen lama.



Sukatan air + garam cukup hanya menutupi udang

2) Untuk mengelakkan udang berbau hanyir selepas dimasak , buang urat hijau
dibelakang udang.


Ketam goreng cili



Tumis hirisan bawang kuning( bombay) ngan halia dipotong besar-besar sampai layu dan naik bau.




Masukkan 10 tangkai cili kering yang dimesin ngan 2 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah. Gorang cili tumis sampai pecah minyak.




Masukkan anggaran 1 kilo ketam yang dah dibersihkan .Kacaukan supaya sebati ngan cili tumis tadi.



Masukkan sos cili ikut suka, tapi jangan lah sampai 1/2 botol. Perasakan ngan 1/2 tsp garam , 1 tbsp gula dan secoet perasa .




Ketam goreng cili ni tak berapa pedas sesuai dimakan oleh budak kecik gak.



Tip ngetop


1) Ketam yang dibeli tak boleh frozenkan lebih dua hari dalam fridge, kerana isinya kecut dan berkurangan.

2)Sekiranya nak simpan ketam lebih dari dua hari, korang kena rendamkan sesaat dalam air panas mendidih , selepas sejuk kemudian baru frozenkan. Cara cam ni isi ketam tak akan kecut dan berkurangan .

3)Ketam yang isi penuh, bila timbang ngan tangan, terasa berat . Kalau rasa ringan plak menandakan isi ketam kurang.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina