Saturday, November 24, 2012

keghairahan untuk benda-benda macam ni....aku tak tahu nak cakap apa dah...........


Seriously, aku tak tahu nak buat apa dah ngan habit siyuyi ni. Dari kecik hinggalah dewasa tak pernah nak berubah . Aku tengok jelah ,nak tegur masing-masing dah dewasa ye dak. Aku tak tahu berapa banyak lagi dia nak himpun cekak rambut, sepit rambut , subang, dan macam-macam aksesori wanita. Sehari dua dia pakai kemudian dia campak lepas tu beli lagi. Macam tulah seterusnya .Masa zaman dia sekolah duit belanja sekolah RM4 yang aku beri setiap hari  habis dibelinya  aksesori . Tak cukup dengan aksesori dibelinya juge  berbagai-bagai  bedak dan pewangi badan. Disney tok wan disney pun dia beli.Muntah hijau bila aku tengok benda alah tu semua  bersepah-sepah dalam bilik. Bila aku bising sehari dua nampaklah benda alah tu tersusun rapi lepas tu simpang- perenang tunggang langgang balik.Sekarang ni dia dah tak duduk dengan aku   lantak pilah aksesori dia nak bersepah macam mana pun. Aku dah tak pedulik sebab aku dah tak payah nak tengok lagi ye dak. Setiap kali dia datang ke rumah ni aku ada je aksesori dia yang tertinggal. Merata-rata alam , bawah katil , tepi lemari, atas lemari mesti adal lah    dia punya aksesori .....Esok lusa saper yang kahwin dengan dia mesti pening kepala bila tengok aksesori dia yang bersepah merata alam tu  hurmmmm nasib lah kan

Kejadian petang tadi di Jaya Jusco Bukit Tinggi  ; terserempak dengan kiosk yang menjual aksesori dia terus ajak aku singgah sekejap katanya nak meninjau-ninjau cekak rambut .
 Rambang mata melihat cekak rambut yang beraneka jenis sampaikan dia tak tahu nak pilih yang mana satu.
Akhirnya selepas membelek satu persatu  dia telah merembat 4 cekat rambut dan dua pengikat rambut sekali gus.
Salah satu cekak rambut yang menjadi pilahan hatinya. Sukalah tu.arghhh geram aku




Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, November 23, 2012

ayam bakar ala ala sate -menu simple dan sedap


petang semalam masa atas motor  aku bagitau suami  yang aku nak singgah sekejap   kedai acheh  beli ayam.Esoknya aku cadang nak buatkan Firdaus  ayam bakar ala-ala sate untuk  dibawak kerumah pengasuh.ek elehhhhh  tetiba je suami aku tanya "elok ke ayam kedai Acheh tu?.Kenapa tak beli kat Ayamas?  Pelik , tak ade angin  tak de ribut  tiba-tiba je tanya macam tu.banyak kau punya mak we kat Ayamas ,"aku kata dalam hati. Mampus !! kalau  suami aku boleh  baca hati  aku  la la la

Maka pergilah kami berdua menaiki motor buruk ke Kedai  serbaneka Ayamas untuk membeli seekor ayam.Tolonglah bukan selama ni aku beli ayam kat kedai acheh ke ?Punyalah jauh berlegar nak beli seekor ayam .Dah buang tabiat suami aku ni *sabau jelah kan*

Inilah seekor Ayam ayamas; tetiba je kan.
Bahan  perapan untuk memerap separuh ayam
1)2 inchi halia
2)1 inchi ibu kunyit
3)4 ulas bawang merah
2)2 ulas bawang putih

dikisar kering

 rempah kering
1)1/2 sudu  jintan manis
2)1/2 sudu ketumbar
3)1/2 sudu  jintan putih

sangrai dan kisar kering

 Satukan bahan kisar di dalam bekas dan masukkan sesudu besar gula perang atau gula merah kemudian kacau sekata.*gula memberi rasa sedikit berbeza berbanding gula putih*
 Ayam dicuci dan dilap berseh dengan tisu kertas atau tuala berseh.Kelar-kelarkan  sedikit badan ayam dengan pisau. Lumurkan ayam dengan  kicap cair kemudian  sapukan ayam dengan bahan perapan. Perahkan sedikit  limau kasturi kat atas ayam .Perap ayam semalaman.
 Sebelum di bakar sapukan sedikit butter/planta untuk ayam .  Masukkan ayam dalam ketuhar (suhu 190 darjah celcius) atau dalam chefal : ) bakar /panggang sampai kekuningan
 dalam proses pembakaran

 sos cili bawang putih halia*suatu waktu dahulu aku pembuat sos cili tegar*
 bekal makanan   firdaus ke rumah pengasuh
 ayam bakar ala ala sate yelah tu


Jumpa lagi ye.Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina