Thursday, June 7, 2012

peha aku tak nak bagi ; betis pun aku tak nak bagi

"ayang  hari ni  besday abang tak de ape -ape yang istimewa ke?"  kalau macam tulah bunyi  sms yang suami aku hantar kat aku , aku bajet dua
1)suami aku dah buang tebiat
2)suami aku dah ada awek lain.la la la la

cerita di atas tak de kene mengena ngan tajuk hari ni. la la la


 Arwah ayah  ada sewakan  flat  dia  kat satu Indon kelamin.Flat tingkat 1 bilik dua  sewa RM 300 sebulan  aku rasa dah kira murah banget.  Masa yuyi  jaga arwah ayah aku sakit, duit sewa rumah tu  aku  suruh dia  kutip lepas ayah  meninggal dunia ,  yuyi suruh  aku  plak  mengambil alih tugas mengutip  duit  sewa rumah.

Di pendekkan cerita penyewa aku ni ada perangai  kebabian sikit . Setiap kali aku pegi kutip duit sewa rumah setiap kali tulah dia nak menunjukkan bakat lakonan dia yang terpendam .
Bulan lepas dia  nak pinjam RM50 dari duit rumah sewa ,  nampak lebih kebabian disitu tanpa izin aku laju je dia  memasukkan   RM50 aku   kat celah coli dia yang berwarna hijau pucuk pisang, nasib baik tangan aku bertindak mengikut arahan dengan pantasnya tangan aku merampas kembali  RM50 tu. Dia ingat dia cerdik  dia belum kenal aku siapa.la la la

Petang semalam  dia cuba nak buat hal lagi , macam-macam dia mengadu kat aku

SKRIP SEINDAH SAKURA VERSI INDON

penyewa : akak jamban ngan bilik air rumah ni sumbat

Aku : apa kena mengena ngan aku plak (sambil tu tangan aku laju je memasukkan duit sewa RM300 ke dalam handbage LV aku) *matik pakai LV*

Penyewa : kak dah dua botol saya buang acid dalam jamban , masih sumbat. rugi saya  beli acid sebotol RM18

Aku : so what!!!!!!  hari tu ko kata bil indah water aku yang kena bayar, habis tu sekarang ni  tahi   ko dah menyumbatkan jamban tu aku plak nak kena kasi berseh.ada aci ke?

Penyewa : habis tu cam mana kak?

Aku : cam mana cam mana apa guna laki ko, suruhlah dia betulkan. Dulu aku duk sini jamban ngan bilik air sumbat aku sendiri betulkan .

Penyewa : saya panggil orang betulkan yang sumbat tu, sapa yang nak bayar kak?

Aku : ko lah bayar.Masa aku bagi ko sewa rumah ni semua berada dalam keadaan okeykan jamban ngan bilik air tak sumbatkan. Sekarang ko yang buat sumbat ko yang tanggung kos membaik pulih kerosakan,  ini aku punya law .

Penyewa : teruklah akak ni. sengeh-sengeh

Aku : Ko setuju ke tak? kalau tak aku bagi kata 2  kat ko

1) aku naik kan sewa RM400 sebulan
2)ko beram............(sambung sendiri) dari rumah aku ni , aku rela rumah ni usang dimamah anai-anai dari nak tanggung kerugian. Selama ni pun bukan  duit rumah sewa ni menanggung makan minum keluarga aku.


Aku suruh dia fikir masak-masak  sebelum aku berubah fikiran.cilakak punya orang kira dah baik aku  bagi ko sewa rumah.






Sekadar luahan hati

Dah lumrah manusia   kalau  di bagi peha nak betis plak. Apasal betis lagi sedap dari peha ke? bangang.the moral of the story "JANGAN SESEKALI KASI MUKA KAT ORANG "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina