Friday, June 1, 2012

Seharum bunga kasturi, hurmmmmmmmmmmmm

syyyy bunga kasturi wangi ke ? ampunkan aku , aku tak pernah tahu pun cam mana bau bunga kasturi .apatah lagi rupa bentuk bunga  kasturi Tajuk aku tu biasalah memang tak pernah yang henggat main petik-petik je harum bunga kasturi.Motip aku sebut bunga kasturi tu sebenarnya  nak bagitahu kat korang  yang kari ayam  aku masak subuh tadi berbau harum ...........pendek kata harumnya sampai ke rumah jiran sebelah.*matik puji diri sendiri*. Dik nun bukan setakat harum je , rasa pun sedap tau, sedap tu akulah yang cakap.la la la la

Subuh tadi aku terlebih rajin aku masak kari ayam , bahan-bahannya lebih kurang sama ngan resepi kari ayam aku yang asal cuma beza sikit je tapi masih tak guna santan kelapa.

Bahan -bahan

1)Halia-2 cm
2)bawang putih 4 ulas
3) Bawang merah 5 ulas
4)kunyit hidup 1/2 cm

dikisar basah

1)satu tangkai daun kari
2)2 batang kayu manis
3)2 kuntum bunga lawang
4) sedikit rempah campur
5)Rempah kari -6 sudu besar
6)tomato ceri 10 biji
7)kentang 3 biji kupas kemudian dipotong baji.
Separuh ekor ayam dibersehkan kemudian digaram kunyit.
Tumis daun kari , herba campur hingga naik bau kemudian masukkan bahan yang dikisar basah tadi, tumis hingga pecah minyak.Bila tumisan dan pecah minyak masukkan ayam yang dah digaram kunyit tadi biar ayam kecut bersama bahan tumisan .Bila ayam dah kecut bersama bahan tumisan masukkan lebih kurang 400 ml air serta kentang ngan tomato ceri,biar kentang empuk sepenuhnya. Sebelum angkat buh garam, gula dan secubit serbuk perasa sebagai penambah rasa.
Kari ayam tadi aku transfer  dalam periuk. Saper yang suka masak kari dalam kuali sila angkat tangan.la la la




errkk Alhamdulillah aku baru je habis makan nasi ngan kari ayam, bendi celur cicah sambal belacan. Tekak ni macam teringin nak makan sambal ikan bilis plak.

Sekadar luahan hati

Sekarang ni aku berblog ngan aman dan tenang : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina