Showing posts with label Rasam. Show all posts
Showing posts with label Rasam. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Sambal Ayam

Salam hari Khamis....................


Dah lama rasanya tak masak sambal ayam. Selalu hari raya masak ayam masak merah. Kat rumah ni kalau ayam masak sambal atau merah laku skit berbanding ayam yang berkuah. Semenjak Firdaus dah pandai makan sambal ni senang sikit. Selalunya Sambal yang aku buat tak berapa pedas, sebab tak guna cili kering banyak ,cili kering plak bukan jenis yang pedas .


Jom layan lauk hari tu, aku tepek link resepi ye.



Sambal ayam ambik resepi kat sini ye.


Rasam ambik resepi kat sini ye.


Bayam goreng ambik resepi kat sini ye.


Terlampau laparlah tu nasi kat bibir pun tak perasan.


Firduas kalau makan jarang membazir. Kat rumah ni suami aku pantang kalau anak-anak buang nasi, kalau nak makan ambik nasi sikit je, lepas tu kalau tak cukup baru tambah. Jangan ambik sekali banyak lepas tu tak habis buang cam tu je. Kelemahan aku plak bila orang ajak makan buffet kat hotel atau restoran, aku memang susah nak pergi sebab tak pandai makan banyak lauk dan dessert.


Okeylah membebel panjang plak.....cau cin cau




Tuesday, May 24, 2011

Rasam



Bahan tumisan cam kat atas. Bawang putih ngan bawang merah cuci dan pecahkan sebijik-sebijik.



Air asam jawa.



Tumis bahan tumisan sampai naik bau. Lepas tu bubuh air asam jawa, biarkan mendidih, bubuh garam ngan secoet aji. Kalau suka boleh bubuh buah tomato yang dipotong baji.



Hirup rasam panas-panas atau makan ngan nasi.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina