Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

geng cari gaduh ; pucuk & ulam

Bersambung dari sini ;  Pada aku tiada yang lebih organic dari pokok  tenggek burung yang aku tanam kat rumah aku.itulah salah satu sebabnya aku liat nak membeli  beli sayur organic organic bagai.ha ha ha ha  #silalempangakuseratuskali# wa tatak heran.

Pagi tu semasa aku sedang leka  memetik pucuk tenggek burung dikebun sayur sekangkang kera *tak de haiwan lain ke selain dari kera* yang berada dihalaman rumah,   suami  tegur  aku
*geng cari gaduh aku*


Suami : Janganlah petik pucuk tu.macam mana pokok tu nak tumbuh

Aku : "sibuklah , macamlah dia makan ulam,"kata aku dalam hati.*dasar aku ni* dah namanya ulam pucuk tenggek burung yang!!!!!!  tak kan nak ambik daun kottttttt.Nanti japlah  bagi saya petik dulu nanti saya cite ye.

Aku : okey dah. awak tahu tak ni namanya pokok tenggek burung tapi  yang dijadikan ulam tu pucuknya  jadi kita kenalah ambik pucuk.Samalah macam pucuk daun Gajus, pucuk daun jambu .

Suami : oh ye ke. pucuk paku dengan pucuk ubi ?

Aku : Kat pasar  tu banyak dah terpesong kebanyakkan dorang  jual daun paku dan daun ubi.ha ha ha*jahatkan aku memesongkan suami *

Suami : apasal awak cakap cam tu plak

Aku : Dulu bila arwah mak beli pucuk ubi  dia selalu suruh saya asingkan  pucuk dan pucuk daun ubi  yang lembut je , pucuk daun  ubi yang  keras dia suruh saya buang. Perasan tak  yang  sekarang ni dorang banyak jual daun dibanding pucuk.

.Suami : kalau masak daun tak sedap ke?

Aku : bukan tak sedap  bolehlah  makan lagi tapi  kita masih  boleh rasa keliatan dan kekasaran daunnya

Maafkanlah  suami aku dia bukan orang melayu jadi sebab tu dia konpius sikit  bab daun , ulam dan pucuk ni. Aku pun jarang masak  pucuk paku , pucuk ubi , batang keladi dan sayur kampung yang lain-lain  sebabnya  suami aku tak berapa nak layan sangat .Kalau tekak ni teringin sangat nak makan sayur-sayur kampung aku masaklah sikit untuk aku tak pun aku beli kat luar je.


 ko mampu makan nasi lemak bersama pucuk tenggek burung
 Pucuk tenggek burung yang aku baru petik dari pokok depan rumah.Freshnya.Tanpa baja , racun serangga bagai dan tanpa siraman air kalau ada pun siraman air hujan*dasar pemalas*



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, January 18, 2012

kemas kini esbok hasilnya menjadi bubur jagung

Bab berseh memberseh esbok ni, aku bukan orangnya, kalau kemas kini atau clearkan esbok itu bagi kat aku. Mata ni berbulu bila nengok esbok aku tu penuh stock makanan atau bahan mentah yang lebih dari seminggu otomatik tangan ni cepat je nak meloyong ke tong sampahhhhh, jangan salam faham tak semua aku loyong tau, mana yang berguna aku recycle jadikan lauk. Semalam duk kemas kini esbok, jumpa balance jagung hari tu,4 tongkol .

Malam tadi lepas masak, jenuh aku duk pikir nak buat apa ngan jagung tu, tengok balik dalam esbok, jumpa plak kelapa parut, suku tin susu cair, gula kabung seketul ngan sagu biji, rasanya kalau nak buat bubur jagung dah cukup syarat.


Kupas kulit jagung yang 4 tongkol tu, leraikan isi jagung guna pisau

Aku suka buat bubur guna susu cair atau susu rendah lemak, entahlah dari dulu memang aku tak suka buh santan. Ini pendapat aku ye ,bubur yang buh santan tak boleh simpan lama dalam esbok,nanti kurang sedap, rasa tengik pun ada. Memandangkan susu cair aku tu ciput sangat, terpaksalah topup ngan santan dari perahan sebiji kelapa parut jumpa dalam esbok belah atas : ) boleh main jumpa plak ye.

1/2 cup sagu biji, cucurkan ngan air sekejap

Gula kabung / melaka-bantai je, seketul ye


Lebur semua dalam periuk kecuali sagu biji(jangan main suka lebur, kalau jagung tak pe, segala jenis kacang tak boleh tau), buh sekali 2 helai daun pandan ngan 1/2 tsp garam.


Tembokkan bubur jagung tu hingga mendidih, kaup dan buang buih dipermukaan bubur jagung. guna api sederhana ye. Sukatan air terserah pada citarasa masing-masing, kalau suka cair buh lebih santan dan sebaliknya.Last sekali buh sagu biji, biar hingga sagu biji bertukar kembang.Tutup api, angkat , sedia dihidang panas atau sejuk.

Jemput makan

Suami suruh aku simpan bubur jagung tu dalam esbok belah atas, biar beku katanya, dia nak peling-peling cam makan sekerim.

Budak yang tak berapa suka makan bubur jagung dan apa saja jenis bubur yang manis

Dia yang suruh aku ulang tayang ambik gambar ni, nakalkan, nak buat mata cam tu plak, konon encemlah tu : )





Balik rumah nanti pegi check esbok korang, mana tahu ada pokok bawang atau halia tumbuh: )

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina