Friday, December 2, 2011

Mahsuri

Salam Maal Hijrah 1433


Hidup aku sederhana, tak kaya, tak pula miskin, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang . Dalam hidup aku, tak de apa yang lebih membahagiakan , kecuali bila bersama keluarga tersayang. Arwah ibu menjadi sumber insprirasi aku dalam melayari kehidupan di muka bumi ini. Dia orangnya penyabar, dalam penyabar ada ketegasan.

Aku orang yang tak de cita-cita, apa sahaja yang datang aku tempuh . Aku dah biasa harungi ranjau kehidupan, tak ada sekelumit  pun dalam hati ni pernah menyalahkan Allah SWT di atas segala kesukaran hidup yang aku hadapi. Biarpun satu ketika dulu , hampir setiap hari aku menyuap nasi berlaukkan garam, aku masih mampu tersenyum , tak pernah lupa mengucap syukur atas rezeki yang Allah SWT kurniakan.

Kalau kamu kat luar sana rasa selesa dengan kehidupan kamu, aku tak pernah rasa cemburu mahupun irihati. Kenapa kamu kata orang yang menyalahkan orang lain , tak pernah bersyukur?. Kamu kena ingat , orang yang meluahkan pendapat , orang tu bukan menyalahkan orang lain, dan kedua-dua orang itu, bukan orang yang tak pernah bersyukur. Kalau kamu rasa hidup kamu best sangat, selesa dibawah naungan kerajaan sekarang, kamu kena lebih bersyukur, tak payahlah kamu nak rasa sakit hati bila baca luahan rasa orang yang tidak berpuas hati pada kerajaan. Negara ni mengamalkan demokrasi, semua orang berhak menyuarakan pendapat.

Dalam entry ini, mengapa kamu komen "ogy memang dari dulu poyo".Kalau kamu dah tak tahu apa yang kamu nak komen, aku rasa lebih baik kamu duduk diam-diam  sahaja di blog kamu. Kamu kena tahu apa yang aku cuba sampaikan  aku kata, aku tak suka orang yang mempersendakan keluarga orang lain. Johan mahupun ogy tak kena mengena dalam hidup aku. Aku tak de pun cakap yang aku menyebelahi johan ataupun ogy. Fahamilah  apa yang aku cuba nak sampaikan sebelum mengomen. Serius aku marah dengan orang yang tak faham bahasa, yang rasa dia best forever, tapi still nak menyibukkan diri kat sini.

Aku cuba nak berjinak-jinak dengan sos tiram jenama Mahsuri.




Aku bersyukur subuh tadi aku masih boleh menyediakan sarapan,  nasi goreng kampung untuk keluarga.: ~)



Nasi goreng kampung makan bersama telur goreng. Sekiranya dihati kamu yang diluar sana, teringin nak buat nak buat nasi goreng kampung serupa ini, sila ambik resepi dibelah kanan blog ye. Terima kasih





Diharap kamu semua faham ye, aku tak suka nak telan sesuatu benda yang aku tak suka, tak de orang yang boleh paksa aku kalau aku dah tak suka , kalau boleh aku muntah benda tu semua , harus aku muntahkan, lega sikit , hilang rasa senak diperut :~).

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS HARIAN.

Thursday, December 1, 2011

mak bapak jangan main-silap-silap penumbuk hinggap ke muka

salam hari khamis..............


Pagi tadi aku terbaca dalam kosmo , ogy Ahmad daud nak saman Johan gara -gara Johan mempersendakan arwah Datuk Ahmad daud ngan Seniwati Saadiah semasa dorang jadi pengacara bersama dalam Anugerah Skrin dua minggu lepas , kalau tak silap aku. Kontroversi betul lah Johan ni, dia ni pada aku biadap sikit bila melawak, maaflah kalau peminat dia yang berlambak kat luar sana marah dengan tulisan aku ni, entahlah tak tahu kenapa, since aku nengok dia mempersendakan anak dan isteri Yosof Haslam dalam rancangan maharaja lawak, aku dah tak berkenan dengan dia.

Aku sokong sangat kalau ogy nak saman Johan, biar ini jadi satu pengajaran dalam hidup dia selepas ini supaya jangan sewenang-wenangnya menjadikan family orang lain  jadi bahan lawak. Kalau aku kat tempat Yusuf Haslam, dah lama Johan tu makan penumbuk. Diharap pelawak-pelawak yang lain jangan lah jadikan family orang lain ,  modal  untuk buat  lawak, kena  dengan orang yang tak kisah  tak pe, kena dengan orang yang tak suka, silap haribulan kena saman, tak pun kena makan penumbuk.

Setiap orang punya pandangan berbeza, tapi aku serius tak boleh terima kalau orang mempersendakan family aku, lebih lagi family aku semua dah jadi arwah. Aku pernah berselisih faham dengan suami, gara-gara dia tersalah cakap pasal family aku, mujur dia cepat minta maaf. Begitu jugak ngan suami, dia pun tak suka orang lain mempersendakan family dia sebab tu kalau bercakap mengenai family dia , aku sentiasa berhati-hati.

Kalau nak kutuk, kutuk aku je, jangan babitkan family aku. Pernah satu ketika dulu, aku nyaris nak lempang sorang tu, gara gara dia arwah mak jatuh basikal. Masa tu arwah dah terjelepuk tepi jalan , apa apa hal aku pegi cekak leher orang tu dulu, nak puaskan hati. Nasib baik ada sebuah bas berhenti meleraikan keadaan, kalau tidak tak tahu apa jadi. Begitu jugak ngan yuyi, dia ni korang nampak kool, jangan cepat menilai . Hari tu  dia dah  tumbuk muka sorang budak pompuan kat  tempat keja gara gara  budak tu terlepas perkataan ****mak  kat yuyi. Yuyi ni pantang kalau orang bergaduh atau bergurau ngan dia cuba kaitkan family dia, harus ada yang melayang. Ada sorang budak lelaki tu kena pukul ngan helmet, gara-gara budak tu sebarkan cerita yang tak baik pasal adik dia.

Pada aku keluarga harta paling beharga, tak ada sesiapa pun boleh menyentuh bab keluarga aku,aku rasa kebanyakan orang pun , punya  pendirian yang  sama seperti aku. Berhati-hatilah  bila bercakap, pepatah ada menyebut kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Perkara yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina