Thursday, July 22, 2010

Lesung batu



Kedai kolam pancing tu, baru aku tahu nama kedainya, D juan.canggihkan, tapi tak pe makan malam tadi sodap.




nampak tak kolam pancing kat tepi tu, jangan pandang jari simontel tu, di memang nakal, aku tangkap gambar je mulalah dia nak tutup.




Tengoklah tu , lagi nak buat hal.




Fresh orange untuk sapa lagi, akulah




Tersalah order, aku nak order tomyam tersebut sup tomyam pulak.Baru aku tahu selama ni tomyam ngan sup tomyam berbeza.




Kailan goreng mantap.






sambal belacan mantoppp gak




telur dadar ni aku suruh goreng ngan kacang panjang.kacang panjang jumpa sebatu sebatu.




air asam cicah ngan ikan bakar(telengkan kepala bila nak tengok gambar ni).






ikan kembung 2 ekor ngan 1 ikan cencaru bakar.mantoppp






korang rasa nak bagi hukuman apa kat CT Fad ni .Semalam ceritanya aku bawak durian mentah, style aku durian mentah tu makan ngan nasi .Ada pulak cili api tumbuk.ari ni aku bawak lagi durian , sifad janji nak tumbuk cili ngan garam kat rumah, sampai opis aku nampak cili api terkontang kanting yang dia bawak.tulah aku nak sepak 80 kali dia ni, tapi tak jadi plak , sebab dia dah bawak lesung batu nak tumbuk cili .


V
V
V
V
V


korang tengok lesung batu apa dia bawak.ada yang mamposs pulak lepas ni , sebab lesung batu ni tumbuk chemical je.nantikan episod akan datang..........apa kata orang yang dah makan durian ngan cili tu

Wednesday, July 21, 2010

Hijau peberet



gambar tangan aku , simontel gatal-gatal nak snap aku tengah mengait malam tadi.

Aktiviti yang dah lama aku tinggalkan, tiba-tiba terbukak pulak hati nak kait semula.Bila aku tengok sarung kusyen sekarang yang zipnya cepat tercabut.Aku terfikir cam nak kait sarung kusyen yang keci tu .Insyaalah kalau diizinkan tuhan, siap, kalau tak de pun beli jelah sarung kusyen.




Sarung kusyen kecil yang zipnya cepat tanggal.




Benang ni semalam aku beli.terkejut bagak aku, dulu harga dia 80 sen je tak silap aku.Bila aku tercenggang ngan harga dia cakap, sampai dia sound aku lu beli tahun berapa.Aku tersipu-sipu malu, slow je bersuara 80 an.Sekarang harga dia RM1.40 satu .




Sarung Handphone budak tempat kerja jual.




Baru malam tadi permulaan mengait.Mungkin aktiviti bulan puasa tahun ni dipenuhi ngan mengait.kejikan aku, bukan nak buat amal ibadat, nak mengait.alah dari mengumpat tengahari waktu bulan puasa nanti, baik aku mengait kat opis.betul tak? mestilah hijau, dah blog aku hijau it indah dan permai.kwang kwang.

Cepatlah cakap, apa hobby atau aktiviti korang time bulan puasa ni?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina