Saturday, June 16, 2012

Jangan buat muka sardin boleh tak?

Makan sardin tak pe tapi kalau boleh janganlah buat muka sardin. Peringatan tu aku tujukan untuk Firdaus sebab bila lapar dia suka tonjolkan muka ala-ala sardin. Puas aku belek muka  ikan sardin basah  dan ikan sardin dalam tin  okey je tak delah buruk sangat muka sardin. la la la la

Dua tiga hari ni aku kurang selera makan nasi .Lauk ikan dah jemu,  ayam lagilah aku tak selera.Hari-hari masak pun  naik pening kepala nak fikir masak apa last last tadi  aku masak sardin goreng cili api  , sayur plak aku goreng taugeh goreng kucai  dan telur dadar. Sardin  ni kalau sesekali masak boleh membangkit selera .

Suami aku cakap taugeh ngan kucai ni tak  boleh makan selalu, suami aku cakap bukan aku yang cakap kalau tak betul pegi ganyang suami aku. la la la la
ada macam chef tak : )
Aku suka mengaringkan  bawang ngan tahu sampai bertukar kaler, jangan hangit udah.
Taugeh ni  aku goreng ngan sos tiram dan bawang putih
Pagi ni sekali lagi  aku keluarkan lesung batu untuk  menumbuk bawang merah, 1/2 inci halia dan  cili api. Yes aku guna hampir 10 biji bawang merah kecik ngan 15 biji cili api(bukan cabai burung)
 
Asingkan ikan sardin dari sos. Selalunya aku gorengkan  dulu ikan sardin  sebelum di masak  sambal atau gulai
1)Tumis bawang merah tumbuk sampai naik bau
2)tumis cili tumbuk hingga garing
3)masukkan sedikit air asam jawa cair dikuti ngan sos ikan sardin
4)Biar agak mendidih-guna api sederhana
5)Masukkan ikan sardin yang dah di goreng
7)masukkan hirisan  1/2 biji bawang holand
6) Kacau kaup balik biar sekejap
7)sebelum angkat buh  1 tsp gula, sedikit garam ngan secubit kecil serbuk perasa.


Ikan sardin goreng cili api yang tak berapa pedas 
Fidaus kalau dapat makan nasi berlaukkan  sardin aku duk sebelah pun dia tak nampak.


Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina