Wednesday, November 30, 2011

Lagenda budak tak makan saman dengan makanan pedas pedas pedas

Salam hari rabu......................


Dua hari lepas, sampai la ni, aku berapa larat nak masak, tak boleh berdiri lama kepala pening semacam,kebetulan yuyi pun tak sihat, aku cadang beli lauk kat luar je. Yuyi dalam batuk ngan demam masih nak makan makanan pedas. Kat rumah ni kalau buat makanan manis yang layan suami ngan Firdaus je, kalau yuyi memang tak layan, habis muffin ngan kek yang aku buat pun ,kalau boleh bubuh cili Yuyi suruh aku bubuh.Pelik trifle milo ais dia layan plak, ni yang jeles ni : )

Lauk beli kat luar ni yuyi yang pilih , semua pedas, kecuali kari ikan .

Lepas beli lauk yuyi gatal offer Firdaus ayam KFC, Firdaus ni kalau ayam KFC memang tak tolak.


Ayam KFC buat dia senyum sampai ke telinga : )


Nampak tak budak tak makan saman di sana.


Nampak tak budak tak makan saman di depan budak baju pink, jangan salahkan aku, dia yang merelakan vontot dia masuk ke dalam hp kameraku : )


Pandang yuyi ngan Firdaus je, kalau pandang lain dosa:( baju pink ke purple tu .kah kah kah


Budak tak makan saman betul.


Dah dapat ayam KFC , muka masam plak.


Time yuyi ada , brekpes mesti berunsurkan pedas.



Cucur bertambah sedap dengan tepung blue key -motip nak bonus lebih :)

Buh lebih kurang sekati tepung gandum ke dalam bowl besar. Bubuh garam, sedikit perasa, serbuk kunyit ngan baking powder gaul supaya semua bercampur kemudian masukkan hirisan kucai ngan bawang besar diikuti taugeh ngan segengam ikan bilis yang sudah dibasuh dan dikisar kering. Bancuh adunan yang dah bergaul tadi dengan air suam . Rehatkan adunan selama 15 minit, kemudian goreng dalam minyak panas.




resepi sos cili

Masukkan 15 tangkai cili kering yang dikisar dengan 4 ulas bawang putih kedalam periuk kemudian bubuh 1/2 liter air perahan asam jawa. Guna api sederhana semasa mendidihkan sos cili , biar agak mendidih ye. Bila sos cili dah agak mendidih masukkan sedikit perasa ,garam diikuti dengan gula melaka atau gula merah. .Rasa manis sos cili terpulang pada citarasa masing-masing. Akhir sekali sebelum sos cili diangkat, bubuh air bancuhan 1/2 sudu tepung jagung untuk memekatkan sos cili .





Jeng jeng jeng dah siap sedia dihidang ketika panas.


Jemput makan kawan-kawan.





Cukup sampai disini je, aku nak pegi merehatkan mata dan minda , jumpa lagi dilain hari dan waktu : )

Diary seorang budak yang nak kurus sebelum tahun 2012 : )

Salam hari rabu ....................



Dua tiga hari ni cam tak larat nak update blog tapi aku gagahkan diri jugak mengupdate sebab mengenangkan iklan U Mobile tu memberi hasil pulangan yang lumayan, dasar mata duitan.keh keh keh. Aku tengah menghitung guna jari kaki ngan tangan, kalau lah sebulan iklan tu bertepek kat blog ni , mahu dapat sambar sebuah lappy lagi. Aku tak boleh cite lebih bab ni, apa yang pasti keutamaan aku berblog sebab nak puaskan hati sendiri.Sekiranya korang rasa blog ni tak mendatangkan hasil , tak payahlah masuk dan paksa diri ke sini, habis cerita.

Petang semalam, aku ngan Firdaus singgah pasaraya, beli sayur ngan sedikit barang. Teringin sangat nak makan sambal sardin, rasa cam dah lama je tak makan, tu yang gigih beli sardin dalam tin semalam.Beli sekali telur sri murni, sebab bercadang nak buat telur dadar bawang.


Muka budak nak kurus tengah menyoping sayur.kah kah kah



Jangan lupa guna telur seri murni, berseh dan segar dari ladang. Motip puji , nak bonus lebih : )



Telur dadar bawang.



Malam tadi goreng kangkung ni paling laku, habis cepat.Goreng simple je, kisar 3 biji cili masak, 2 ulas bawang merah ngan sedikit belacan. Aku tumis bahan kisar sampai naik bu, kemudian masukkan kangkung yang sudah dibasuh dan tus.Kaup balik Kangkung tadi, bubuh garam ngan sedikit je perasa , sebelum angkat buh sedikit air.


Resepi sambal sardin boleh ambik kat sini.Jangan lupa guna sardin Marina, sedap dan lazat. motip nak bonus : )


Agenda cuci kuali kerap berlaku lepas masak sambal, caranya , masukkan nasi putih kedalam kuali yang ada baki sambal, kacau hingga nasi ngan baki sambal bergaul mesra, angkat sedia dihidang. Ini resepi turun temurun dari arwah mak.kah kah kah


Budak baru belajar diet dan tak pakai baju. Malu plak masa aku nak ambik gambar dia tak berbaju. Ajaran tak berbaju tu dari suami, dia yang pujuk firdaus buka baju, bila cuaca panas sebab firdaus ni kuat berpeluh.



Adakah patut lepas makan terus masuk gym.ha ha ha .Rutin harian Firdaus sekarang ni, kata nak kurus sebelum 2012. Aku sengeh je, tengah malam jalan -jalan cari makan, bukak tudung saji. Macam ni aku pun kena gigih masuk gym , kena kuruskan badan , sebelum suami aku jatuh hati dengan Professor Doktor Muhaya . kah kah kah .

Aku pun tak kenal sapa Dr.Muhaya ni, terkejut bila suami tanya samada aku kenal atau tidak ngan dia. Amboi kemain lagi orang tua ni, kata aku dalam hati. Raya haji hari tu, Aku nampak suami sedih gila dengar dia punya motivasi, masa tu aku tengah ngadap lappy. Aku ni jenis manusia yang tak suka dengar motivasi , sebab aku tak suka orang motivasikan aku, sebab aku percaya aku boleh motivasi diri sendiri., terpulanglah pada diri masing-masing.





Jumpa lagi dilain waktu dan hari.

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 ; cerita penutup tahun 1432 hijrah, tak kenal maka tak cinta ngan trifle

Salam Tahun Baru Hijrah 1433.....


Selamat Tahun Baru Hijrah 1432, sama-samalah kita berdoa semoga  kehidupan kita lebih baik  di tahun ni dan tahun seterusnya . Penutup tahun 1432 hijrah, aku sudahi ngan bertemu 5 orang rakan , izan mummy chaca, cik pah kardishian, ratu kebaya (dah hari-hari jumpa kat opis , lagi nak jumpa kat tasik, khe khe khe) ngan milo ais kurang manis, kat Taman Tasik Titiwangsa.


Maaf gambar kecik ye, komputer ni sengal.



kami 5 orang ngan anak masing-masing, mana anak aku ngan milo ni, tak de pun.kui kui kui



Anak aku ni, apasal nak mengekor kemana je aku pergi.kah kah kah.



menu-menu antarabangsa:)

Tak kenal maka tak cinta, betul sangat pepatah tu, kenal secara dekat, kemudian baru boleh nilai , nilai apa?tak de maknanya , aku sapa nak nilai orang, keja menilai hak Allah SWT, cuma boleh aku katakan, dorang memang best perangai gila-gila , tak control cun, InsyaAllah tak hipokrit. Rasanya, first time aku jumpa kawan blogger yang ramai cam ni, kejikan 5 orang tu ramai. kah kah kah.serius , selama ni aku ngan suami tak pernah jumpa kawan seramai tu, mulanya kekok jugak, kemesraan dorang buat aku hilang kekok.

Teruja sangat jumpa dorang sampai terlupa nak ambik gambar . Gambar kat tasik tu , izan yang email, banyak gambar tapi komputer ofis ni slow tak boleh nak download banyak gambar, download pun nampak gambar kecik .Terima kasih izan ,sudi email gambar. Perjumpaan kecil-kecilan je, setiap sorang bawak bekalan makanan masing masing, kita makan sambil borak-borak. Sebelum balik izan ngan cik pah bagi aku cenderahati. Timakasih ye , korang berdua.


cenderahati dari izan. Aku terkejut boboy, tak sangka izan secomel dan secute tu, sama comel ngan hubby dia.



Cenderahati dari cik pah yang telah menutup blognya:(


Antara menu-menu antarabangsa di tepi tasek. kah kah kah



triffle milo ais terbaek, sampaikan suami ngan yuyi duk ulang depan peti ais.Paling best suami siap tanya "awak tahu ke buat trifle ni?. cis berdebah suami aku ni, bikin malu ama je.kah kah kah kah .Memang patut pun dia tanya cam tu, sebab aku tak pernah lagi buat trifle:(. Tak menahan yuyi suka ngan milo ais, katanya wajah milo ais redup, redup cam mana, aku kurang pasti:)

izan cute forever-donut Big Apple-
Ratu kebaya ratu forever-Roti kentang berinti ayam
Cik Pah-comei forever -Aku suruh dia bawak mineral water sahaja.
Milo ais redup forever-Trifle

Aku bawak kek lemon yogurt, cream cheese brownies dalam cup ngan bihun goreng simple je.



kek lemon yogurt ku, kalau nak resepi ambik kat sini ye.





cream cheese brownies ku, resepi kat sini ye.






Seronok jugak makan beramai -ramai tepi tasik sambil nengok pengantin buat photo shoot:).Blogger lain lenkali kita jumpa ye, tapi jangan ramai-ramai, cik ina segan:)


Kak chik ella cik ina menghargai cadangan terapi mata tu, terima kasih ye,betul tu mata cik ina ni perlukan cukup rehat dan terapi.

cerita semalam ; buang panas badan ; lo han kuo ; luo han guo


Salam hari selasa...................


Masa memang mencemburui kita, 3 hari berlalu dengan begitu pantas, dah 2 hari aku tak update blog, ni pun gigih gak ngadap lappy, entah kenapa dua hari ni kepala pening bila duk lama depan lappy, sebelum ni tak penah plak cam ni,, mata ni dah mula silau ngan cahaya, mungkin sebab dah berumur kot.kui kui kui . Yuyi tak berapa sihat, dia  batuk ngan demam , itu pun salah satu sebab jugak aku tak dapat nak update, sibuk melayan dia.


Masa Yuyi tengah batuk ngan demam ni, aku masak air buang panas badan, ngan sup suhun , fucuk kering campur fishball. Yuyi ni degil sikit dah batuk tak nak pantang makan, tu yang sebab batuk dia bertambah teruk. Dia bukan berani sangat nak makan ubat herba cam firdaus, semalam aku paksa jugak makan, sampai dia nak termuntah -muntah sebab ubat tu pahit sangat.Firdaus ejek yuyi bila nengok muka yuyi herot berot menahan kepahitan ubat herba tu. Suami ngan Firdaus dah biasa makan ubat herba, ia sedikit pahit tapi InsyaAllah berkesan.



Sup simple je suhun campur Fucuk ngan fishball.

Aku tumis ikan bilas segenggam yang dikisar kering bercama 3 biji bawang merah. Tumisan dah naik bau , aku pecahkan telur dua biji.Biarkan telur garing sepenuhnya, kemudian bubuh air lebih kurang separuh  periuk. Biar sup agak mendidih, kemudian bubuh fucuk, biar fucuk jadi lembut, akhir sekali bubuh suhun ngan fishball lebih kurang 10 ketul.Perasakan ngan sedikit garam. Biar mendidih lebih kurang seminit, kemudian angkat. Sedia dihidang ketika panas.





Lo Han kuo untuk buang panas badan ni suami beli, memang selalu simpan stok kat rumah. Caranya bubuh seketul Lo Han Kuo dalam air panas mendidih atau didihkan air panas , bubuhkan seketul lo han kuo .Terpulang pada citarasa masing-masing, kalau nak kan lebih manis bubuh lebih dari seketul, aku suka manis-manis buah je. Jangan tambah gula pasir ye.


Aku suruh yuyi banyakkan minum air suam dan air lo han kuo , paksa dia kurangkan makan makanan pedas dan berminyak supaya batuk dia cepat sembuh.



Budak penyibuk ni , nak jugak minum air lo han kuo ni.


Aku buat ikan kukus untuk yuyi selain dari sup suhun, fucuk ngan fishball , sebab dia suggest nak makan ikan kukus. Aku kukus 2 keping ikan jenahak ni selama 15 minit, angkat je terus suruh dia makan .




Firdaus nak jugak makan ikan yang dua ketui tu.Muka dia masam sebab baru berkelahi ngan abang.


Dia budak sakit ,semalam aku melarang keras  dia  dari makan makanan pedas ngan berminyak.



Cukup sampai disini je, tak boleh duk lama kat depan lappy, kepala cepat pening. Jumpa lagi dilain rancangan ye.





Mulut tak de Insuran : Biar muka tak cantik, kalau senyum ada jugak nampak cantiknya.


SELAMAT BEKERJA.

Saturday, November 26, 2011

show off sikit je

Salam hari sabtu...................


Tengah buat apa tu? aku baru nak masak.Korang tak tanya, aku nak gak bagi tau. Hari ni aku buat bihun goreng , nak makan ngan kawan-kawan kat taman bunga. kui kui kui .Seronok, dah lama rasanya tak pegi taman bunga.


Hari ni cerita pendek je,, tak larat lah , rasa penat sangat. Okeylah ye, sebelum beredar , sila baca pesanan penaja dibawah :)


Belilah roti massimo di kedai runcit dan pasaraya berhampiran, jangan lupa, ingat roti massimo ingat blog cik ina do do cheng. Macam bagus bagus. Saje nak show off, kah kah kah .




Jangan tenung yang lain, roti massimo tu fresh from oven.




Aku dengar, dorang dah meluaskan pasaran ke Penang.Hai! orang -orang Penang, jangan lupa pakat beli ramai-ramai.



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERCINTA.

Thursday, November 24, 2011

adjust jangan tak adjust-resepi special-tak de maknanya

Malam tadi hari malas masak, masak pun yang simple je .Boring sangat , tak tahu nak masak apa, hari -hari masak, naik bodoh. Aku bukak peti ais, termenung kat depan tu punyalah lama, cari idea.kui kui kui . Dalam punya tak de idea tu siap jugak masak dua lauk.Jeng jeng, aku masak rendang daging cincai boncai ngan tomyam daging (malu nak cakap) simple kan? lauk adjust adjust je.

Habis masak je, aku hidang lauk atas meja, Firdaus mesti jerit-jerit "ayah ! Ayah ! masa untuk eat." Selagi ayah  tak menyahut, selagi tu dia ulang ayat yang sama. Paling kelakar malam tadi, Dia panggil ayah eat, ayah cakap,  "ayah tak nak makan, perut ayah dah besar, ayah nak dietlah, Firdaus makan ngan ibu ye." Dengar je ayah dia cakap cam tu, muka dia terus masam mencuka. Korang tengok sendiri muka dia cam mana.






Marah sangatlah tu , ayah tak nak temankan dia makan.Last -last suami kesian, dia makan gak, buat syarat, takut Firdaus merajuk. Dia ni kalau merajuk boleh tahan gak.




Nampak tu , bila ayah temankan makan terus senyum.Aku geram je .




Nampak tak di situ, beef kut teh semalam, aku adjust jadi tomyam + kobis. pemalaskan? aku tak pedulik janji ayah ngan anak tu makan.kah kah kah




Lauk tambahan, rendang daging cincai boncai, tanpa santan, kerisek ngan lengkuas, korang fikirkan sendiri ye resepinya. Alah korang semua mesti terror masak rendang. Iniiii Seriusssss, first time aku masak rendang tak cukup bahan cam ni, hari pun dah malam, nak gi kedai malas, rembat apa yang ada dalam peti ais je. Masak  cincai boncai, tapi rasa tedap tau.  Sendiri masak , sendiri puji, cam bagus baguskan Kui kui kui ,.Aku nak  namakan rendang ni, rendang daging cincai boncai.hua hua hua.

korang pernah tak  masak cincai boncai, tapiiiiiiii rasa sedap hingga menjilat jari?



Cukuplah ye, kepala aku dah meyong, terlebih minum ice blended gula tumpah. Esok jumpa lagi ye, ditempat dan waktu yang sama. bye bye bye.

Besday Rishan yang ke 3 tahun, cream cheese brownies



Salam hari khamis........................

Tahniah pada Harimau muda,biarpun tewas 2-0 dengan Syria malam tadi ,mereka menunjukkan corak permainan yang boleh dibanggakan. Teruskan perjuangan anda.

Syukur Alhamdulillah, petang semalam , time aku balik keja, hujan tak lebat sangat. Malam tadi lepas masak, aku terus buat cream cheese brownies tuk adik ipar. Hari tu dia call, tanya pasal cream cheese brownies yang aku bagi MIL Deepavali hari tu, dia terbekenan nak tempah tuk besday Rishan.Aku bagi tau kat dia yang selama ni , aku tak pernah lagi jual cream cheese brownies , kalau teringin sangat, aku buatkan.

Sekarang ni pun aku dah stop berniaga cheese tart, entah lah , aku ni tak boleh berniaga kot , tak pun belum sampai seru. kah kah kah. Aku kena menuntut ilmu berniaga, sebab spesis aku berniaga , tak pandai nak letak rega, kesian dan simpati tu masih menebal dalam sanubari . Satu hari nanti ,kalau teringin sangat nak berniaga, kenalah dulu menuntut ilmu berniaga ngan tauke cheese tart :) keh keh keh



Ni adik ipar aku ngan anak dia Rishan. Hari ni Besday Rishan yang ke 3 tahun.InsyaAllah kalau tak aral melintang, malam ni aku gi besday party Rishan.


Aku tepek resepi cream cheese brownies yang aku buat malam tadi ye, rasanya dah kali ketiga aku tepek resepi ni, tapi tak pe lah nanti senang sesiapa yang teringin nak buat brownies , boleh rujuk kat sini.

Sebelum membako siapkan kelengkapan penting.


lapik loyang ngan greese proof paper kertas dulu, biar paper tu berjuntaian .


Sediakan bowl yang berseh ngan alat pengacau.


Cream cheese brownies

Resepi : rinnchan

1)250 grams butter-cair
2)1 cup serbuk koko
3)1 1/2 gula castor
4)telur 3 biji
3) 1 1/2 cup tepung gandam diayak ngan 1/2 tsp baking powder
4)1/2 cup susu cair
5) sedikit essen vanilla

Cairkan butter, masukkan serbuk koko dan kacau rata. Handwhisk castor sugar ngan telur masukkan kedalam adunan butter + koko tadi, kacau sebati.Masukkan susu cair, kacau sebati akhir sekali masukkan tepung gandum + baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga sebati. Tinggalkan sedikit adunan brownies untuk membuat corak diatas cheese nanti. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dah dilapik ngan kertas.
Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
Masukkan adunan ke dalam loyang, bakar selama 25 minit guna api atas dan bawah.

untuk cream cheese

250 grams cream cheese
100grams gula castor
1 biji telur

Pukul cream cheese hingga gebu, kemudian masukkan castor sugar , pukul lagi hingga sebati, akhir sekali masukkan telur, pukul lagi hingga sebati.


Selepas brownies keluar dari oven, tuangkan adunan cheese dan ratakan, paipkan baki adunan brownies tadi, lorekkan corak ikut citarasa korang. Masukkan kedalam oven bakar selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tips


Sebarang jenis susu ,sekiranya tak habis guna, masukkan ke dalam plastik , ikat kuat -kuat untuk mengelakkan dari cepat rosak.




Cream cheese brownies ni aku siap potongkan, nanti senanglah adik ipar aku , tinggal susun je dalam bekas masa besday party Rishan malam nanti.


JUMPA LAGI..............................



SEMOGA HARI KHAMIS NI MENJANJIKAN SERIBU KEBAHAGIAN KEPADA SEMUA.INSYALLAH.


Wednesday, November 23, 2011

Misteri ditempat parking bawah flat

Ingat produser filem ngan drama je boleh buat cite misteri, aku pun boleh jugak. he he he he , cerita misteri ditempat parking bawah flat MIL kak limah, takut tak, takut tak? Tak de maknanya misteri misteri ni, ni kisah petang semalam, terkandas kat flat MIL kak limah berdekatan ngan rumah aku, tetiba je dipertengahan jalan  hujan turun ngan  lebatnya  beserta  ribut petir  ngan kilat sabung meyabung , kalau hujan je tak pe, boleh gak gagah lagi naik  moto  sampai umah.

Aku duk bawah flat tu jap, sementara  tunggu hujan teduh. Dengar je  petir berdentum, firdaus menjerit, dia takut sebab pertama kali , time petir cam ni kita orang kat luar .Aku peluk dia , lekapkan telinga dia kat dada, baru dia tenang sikit. Korang pun boleh guna cara yg sama, bila anak korang ketakutan sebab budak-budak rasa selamat bila dengar degupan jantung kita ,dorang rasa macam duduk dalam perut ibu.

Bila hujan perut lapau, Firdaus nak makan, kebetulan aku ada bawak kuih dari opis, aku bagi dia makan sambil nunggu hujan teduh.







Masa ni baru dengar bunyi petir, siap tutup telinga lagi.



muka lapau.



Muka macam baru lepas nangis.


Lepas ditimpa tangga eh eh eh hujan ngan angin ribut , perut jadik lapau, sampai rumah terus masak tulang rusuk + sikit daging ngan rempah herba chic kut teh. Chic kut teh tu sebenarnya guna tuk masak ayam, ayam tak de kat esbok, aku ganti daging.


Aku guna rempah herba chic kut teh, kalau korang  nak guna rempah herba bak kut teh pun boleh, tapi korang janganlah baca bak kat depan kut teh tu, bak tu masuknya daging baalifbaya.kah kah kah .Pastikan rempah  herba yang kita beli ada Halal dari Jakim ye.



Tulang rusuk campur sedikit daging, lebih kurang sekilo. Daging lembu ni daging korban, kawan opis yang bagi, tahun ni dia buat korban, dia kurang makan daging, tu yang dia bagi aku.Aku baru tahun ni je dapat kelepasan masak daging lembu kat rumah, semenjak suami baru je berjinak -jinak belajar makan daging lembu .Aku nak salahkan dia tak makan daging lembu pun , tak boleh gak, sebab dia dulu hindu, makan daging lembu ni satu kepantangan dalam agama dorang, lepas masuk Islam dia kena lah ambik masa lama ,nak sesuaikan tekak ngan daging lembu.

Ringkas je resepi beef  kut teh aku ni, nama resepi sila abaikan, itu imaginasi aku je.



8 biji bawang putih dipecah kemudian dikupas kulit



Nak sedap lagi, bubuh selabu bawang besar tanpa kupas kulit.



Aku buh 2 ketui halia, tanpa buang kulit, pecah cam tu je.




sedikit cendawan shitake




Jerang air seperiuk togak, biar agak mendidih, kemudian masukkan daging, tulang rusuk, halia, cendawan shitake , selabu bawang putih ngan rempah chic kut teh .




Biar daging empuk, kemudian bubuh kicap cair, kicap pekat, sos tiram ngan lada sulah sikit, sesuaikan rasa ye. Hidangkan time panas.tedap.




Syoknya  time  hujan cam ni hirup sup. Firdaus  kalau bab sup ni ,  memang dia suka bangettttt.oppsss terlepas cakap indon plak.


Janganlah petang ni hujan, kalau nak hujan pun biarlah malam. Kita ni mampu merancang je , Allah SWT yg menentukan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina