Showing posts with label Spa. Show all posts
Showing posts with label Spa. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Hari sabtu aku ; mata dan mulut bercanggah bicara ; Sekolah SPA & Akademi SPA


D'Kayangan memberikan servis yang terbaek
Dimana saje Firdaus ada
Saya tak suka anak mata tu
Tak suka di ganggu dan ditanya soalan yang berbentuk  peribadi
Therapist tak diundang



frust! frust !frust!, impian aku  nak mengupdate blog tadi malam hancur musnah hanya kerana aku keletihan dan kemudian terus tertidur . Yes,  minggu ni aku terlalu sibuk   ; sibuk menguruskan kerja rumah,sibuk menguruskan suami  dipendekkan cerita  semuanya sibuk-sibuk belaka sehingga terpaksa mengabaikan blog kesayangan aku ni.Sabau jelah ye. Entah kenapa dalam minggu ni mata aku  cepat je  nak terlelap  aku syak air cond  kat ofis  aku  terletak dekat ngan  atas kepala aku ni yang menyebabkan mata aku pedih dan rasa nak terlelap.

Berbalik  pada tajuk entry aku  kali ni; petang sabtu aku ngan yuyi  ke Spa D'Kayangan, ekceli kami tak nak datang ke situ tapi memandangkan Serenity  Spa & Dewi Sri Spa Alam Sentral dah penuh jadi  kami tak de pilihan. Padan ngan muka sendiri  saper suruh tak booking awal-awal ?kami tahu mengenai Spa D'Kayangan  ni pun melalui web site hasil penjelajahan yuyi pada petang tu.Kitaorang berdoa dalam hati supaya tidak tersalah memilih spa seperti spa di sini

Masa kami sampai di Spa  D'Kayangan  jarum jam dah menunjukkan pukul 3  petang. Sebaik kami sampai di muka pintu Spa muncul seorang therapist Indonesia kami di sapa lembut oleh therapist tu  . Kami terus jatuh suka pandang  pertama dengan dia . Kemudian selang beberapa saat  datang sorang perempuan melayu berumur sebaya ngan aku menghulur salam pengenalan kepada kami. Seriously merenung anak mata perempuan tu    buat  pertama kali "argh mata dan mulut bercanggah bicara"aku kata dalam hati. Aku tak bagi yuyi ambil pakej aku suruh dia ambik besa-besa je. Selepas berfikir dan bincang sesama kami akhirnya kami mendapat kata sepakat yuyi buat facial treatment kolagen untuk  wajah  manakala  aku plak membuat urutan SPA that all.


Selepas aku ngan yuyi  menjalani proses  perawatan yang kami kehendaki wow kami amat berpuas hati  dengan perkhidmatan dan layanan therapistnya.Cuma   kami sedikit rasa  tak berpuas  hati dengan  pompuan cum threapist cum supervisor yang menguruskan spa ni perempuan aku tak suka ngan anak mata dia tu. pesan aku ;  Belajarlah dimana-mana sekolah atau akademi spa sekiranya kita berminat bekerja di spa .Kalau rasa diri kita tak pandai bercakap panjang lebar , pendapat aku tak salah rasanya  kita  mendiamkan diri    bukan apa ditakuti percakapan kita  itu akan mengjengkelkan orang yang mendengar lagi lah kalau sipendengar itu  seorang yang pendiam. Pendapat aku lebih baik atau cocok  kita bercakap atau bercerita mengenai   nenek kita kat kampung ke ?cerita nenek kita nak kahwin lain ke atau cerita nenek sangat mencintai atuk kita ke? daripada kita bercerita pasal ; saya lahir tahun 76 awak plak,  adik keja kat mana? keja apa? atau terus terang lah akak cakap adik kena pakai produk akak kalau tidak muka adik kendur  seriously  cerita  sebegini bila disembang-sembangkan kat SPA kadangkala boleh mengjengkelkan hati.




Okey ye cukuplah untuk  hari ni , pesan aku bersembang-sembang dan berbual-bual lah ngan berhemah


Sunday, August 26, 2012

Let us manja u ye ; Amoaras Relaxing Spa


Bersambung dari cerita Spa episod satu ; sempena menghabiskan sisa-sisa baki cuti hari raya yuyi mengajak aku menemankan dia bermanja-manja kat spa. Kali ni yuyi serahkan pada aku untuk memilih spa yang kitaorang akan pergi. Memandangkan aku dah pernah pegi Dewi Sri Spa dan Serenity Spa aku suggest yuyi kedua -dua spa tu tapi yang malangnya Dewi Sri Spa tutup sehingga 29/8, serenity Spa plak fully booked hingga 25/8 jadi aku terpaksalah mencari spa melalui internet.

Aku saje search  hotel yang company tempat keja aku pernah buat dinner, tanjat boboy ada spa terselit kat hotel tu.Tapi apa-apa pun  aku kena bagitau  yuyi dulu sebab aku takut dia tak familiar ngan area subang.Lega bila aku bagitau pasal spa tu dia okey je dia  bagitau  yang dia memang familiar ngan area tu.Bermulalah episod mak kundur ngan bawang putih mendera mak labu ngan bawang merah . Mak labu dan bawang merah sentiasa bersabar ngan perbuatan kasar ibu tiri dan adik tirinya sebab   mengenangkan yang ibu tiri dan adik tirinya itu seagama dan sebangsa  dengannya .

Area rumah mak kundur ngan bawang putih memang nampak gah mana tak gah rumahnya dikelilingi tasik dan swimming pool . Tempat tinggal sebenar  mak kundur  dan anaknya bawang putih , mak labu tak boleh bagitau bukan apa mak labu takut mak kundur akan membalas dendam ke atas mak labu.Kalau hati  kengkawan rasa berkobar -kobar nak ambik tahu sangat tempat sebenar  mak kundur silalah google sendiri ye.la la la la

Swimming pool dan tasik yang berdekatan ngan rumah mak kundur
tapi sayangnya  , keindahan tasik  itu  tak dapat mengubat luka dihati mak labu ngan bawang merah
Anak mak labu yang kecik tu suka sangat ngan swimming pool mak kundur ni
Bawang merah dengan penuh kesabaran didada
Bawang merah bagitau mak labu yang dia  malas nak marah mak kundur ngan bawang putih  nanti  kalau dia   marah otomatik dia  akan panggil manager mereka berdua .
menyelit je adik bawang merah yang paling bongsu ni...
rumah mak kundur dan bawang putih
 
Cuma sayangnya  mak labu hanya dapat mengambil gambar bawang putih je 
Bawang merah diarahkan oleh mak kundur agar menyalin pakaian .Adik bongsu menyelit disitu sebelum dimarahi oleh mak labu.
Jakuzi di rumah mak kundur
 
Rambut mak labu akan bertukar menjadi warna hijau bila berada dalam  keadaan marah dan tertekan.
Wajah bawang merah sentiasa ceria walaupun dihati meronta-ronta minta dikeluarkan dari tempat berhawa panas tu.la la la
Tempat tidur mak labu dan bawang merah dimana disinilah bermulanya  episod  itu.
Adik bawang merah yang tak boleh berenggang ngan games games games
Adik bawang merah yang pantang nampak air
Hati meronta-ronta nak berendam dalam air

The moral of the story don't judge a book by its cover  padan ngan  muka mak labu  . Bawang merah kata tak pe dia dah pernah dikerjakan oleh mak tiri dan  anak tiri yang kasar dan muka tak de perasaan cam tu.ohhhhh ye ke kasihanlah ngan mak labu sebab mak labu tak pernah  lagi dikerjakan oleh  mak tiri dan  anak tiri yang sebegitu.Kalau yuyi tak kisah aku lagilah tak kisah sebab bukan aku yang keluar RM. hua hua hua 

Masa dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah mak labu ngan bawang merah bantai gelak bila mengingatkan perbuatan mak kundur  dan anaknya itu.

Sekianlah saje  cerita  Bawang merah dan bawang putih , la dah habis ke cerita ni.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina