Thursday, May 31, 2012

pedas kebabom semestinya Delichef

Petang semalam balik keja aku terus pegi pasar malam,  sampai je pasar malam aku terus sambar sekor ayam , 2 keping murtabak ngan sayur. RM17 sekor tak bagak kata kau ayam tu . Kat rumah aku ni sekor  ayam boleh  dua tiga kali masak. Aku ngan ayam ni  kureng kalau ikan ngan sotong laju sikit . Lega ...aku dah selesai  perap  sekor ayam , subuh nanti  dah tinggal  buat apa yang patut je.bijak tak? *matik puji diri sendiri* sekor ayam  aku bahagikan kepada 3 bekas jadi dapatlah 3 kali masak jimatkan.la la la 

Kita stop dulu cite pasal ayam, aku nak cite plak  pasal sos cili padi Delichef yang pedas  kebabommm. Dulu masa kawan  aku bagitau aku  sos cili padi ni pedas banget  aku tak percaya aku gelak mengkucing dia (sedap gak menganjing tukar mengkucing.la la la la .Lepas aku rasa sendiri aku mengesahkan yang sos cili padi delichef terbaek dari ladang pedas meletupppppppppppp  sampai  lidah terjelir.

Jeng jeng inilah Sos cili padi premium Delichef Terbaek dapatkan di cosway atau pasaraya yang berdekatan anda : ) saper cakap tak pedas memang sah dia safasaufau.kah kah kah



Ayam dalam bekas biru  aku perapkan  ngan 8 ulas bawang putih  ngan 2cm halia dikisar basah, 1tsp cayenne powder , 1tsp mixed herb, 1 tsp serbuk lada hitam, 1tbsp brown sugar, 1 tsp kicap cair  ,2 tsp sos worcestershire  dan  jus dari perahan 1/2 biji lemon . Gaul sekata  perap 2- 3 jam

 saper sudi nak membakar ayam seperti aku ni dipersilakan ambik resepi kat sini ye.

Abaikan esbok aku yang bersepah tu. Sila beri tumpuan pada 3 bekas yang bertutup ngan aluminium foil, tu semua ayam yang dah siap perap tinggal nak bakar dalam oven je.Saper yang tak suka bakar guna oven boleh gak gril atau bakar atas dapur gas, kayu api  atau dapur yang seumpama dengannya. la la la

Malam tu sempat lagi aku bakar  5 ketui ayam buat juadah makan malam 

ko mampu goreng kobis cina  + tomato ceri.la la la tedap tau

Firdaus ni bila  makan ayam suka sangat suruh aku asingkan isi dari tulang.Tak pelah masa aku ngan ayah dia  masih ada ni   bolehlah  layan  perangai mengada -ngada dia  mana tahu esok lusa  kitaorang dah  tak de  cam mano : (


Okeylah sampai sini je , SELAMAT MALAM jumpa lagi dilain hari dan waktu.

Baked cheese rice

Tak tak aku belum buat lagi baked cheese rice, cuma dalam otak aku  membayangkan  yang aku sedang mengolah  chinese fried rice aku  menjadi baked cheese rice . Aku tumiskan chinese fried rice guna butter,  aku tambahkan krim masakan dalam chine fried rice aku, aku buh dalam kaserol aku  parutkan kat atasnya cheese parmesan atau mozarella kemudian aku bakar dalam oven alangkah sedapnya...........

My homemade chinese fried rice.la la la la
Dalam membayangkan baked cheese rice tiba-tiba muncul simontel aku sorang ni yang masih menyebut makanan "kamanan", entah bilalah nak sebut ngan betul.
Nanti kalau aku buat baked cheese rice cam kat atas ni aku tepek kat sini ye.
yummy yummy tiba tiba je aku berangan  jadi kanak-kanak ribena sedang gembira menikmati baked cheese rice.




Berangan tak kena bayarkan?

First time aku rasa cerita aku  tak berfeadah .:(

Wednesday, May 30, 2012

Sayang sayang buah kepayang nak ditelan pahit nak dibuang sayang

tajuk tak henggatkan.la la la memang aku sayang nak buang dah lah beli mahal tak kan nak buang cam tu je ye dak.Bak kata suami aku ada satu  tabiat buruk   "pandai baca tak pandai nak simpan balik" Ambik ko kena seketul.Sampai sekarang tabiat buruk  tu langsung tak  berubah. la la la

Malam minggu hari tu aku terlebih rajin , semua majalah ngan buku aku kombah, aku susun balik  ikut size .Lega, walaupun almari buku aku tak berapa nak cantik cam almari buku rumah orang lain  tapi  cukuplah kerajinan aku  buat aku bangga ngan diri sendiri. la la la

Budak ni kalau tak menyibuk ngan buku spiderman dia tu tak sah .
Apa saje Majalah ngan buku yang berkaitan memancing menjadi  majalah feveret suami aku.
Sebelum buku & majalah disusun balik aku tengok dah macam tongkang pecah
Okeylah tu janji tak bersepah. Ini baru separuh majalah dalam simpanan aku yang selebihnya  aku dah ikat tinggal nak buang je.
Turun termurun dari yuyi 2 set buku grolier ; I wonder why ngan ensklepodia . Tak silap aku rega buku ni dua set RM2400, aku bayar ansuran RM100 sebulan. boleh gitu.masa tu gaji aku baru mencecah  RM500 mana mampu bayar cash: (


Akhir sekali majulah sukan untuk negara tanpa campur tangan ahli politik.la la la la

Ayam bakar simple untuk orang yang pemalas seperti aku.la la la

Sekarang ni Firdaus cuti sekolah cite aku mesti banyak berkisar pasal masak masak makan makan. Apa lagi nak cite kalau tak cite pasal masak dan makan. Pagi tadi aku terbangun lambat , tak sempat nak masak nasi ngan lauk untuk Firdaus . Nasib baik sempat sediakan untuk dia roti telur ngan kobis goreng . ko mampu nasi tak masak tiba-tiba je ada kobis goreng. Kobis goreng feveret Firdaus wajib ada, malam tadi aku dah janji nak gorengkan kobis untuk dia maka aku kenalah  tunaikan janji aku tu.

Jomlah cite pasal masak-masak ayam bakar simple

Bahan -bahan untup perap ayam

Bahan -bahan untup perap untuk separuh ekor ayam

1/2 tbsp Jintan manis
1/2 tbsp jintan putih
1/2 tbsp ketumbar

Dikisar kering

4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 batang serai
1 1/2 cm halia

dikisar basah
2 tbsp serbuk rempah kari ayam
1/2 tsp serbuk kunyit

1/2 tbsp sos tiram
1 tbsp brown sugar
sedikit garam

Satukan semua bahan perap ke dalam satu mangkuk.Gaul rata semua bahan perap bersama ayam.Perapkan selama 1/2 - 1 jam supaya semua bahan-bahan meresap.
Kelar-kelarkan bahagian ayam yang lambat empuk terutama bahagian peha.
Bakar ayam selama 40 minit pada suhu 190 darjah celcius.Aku bakar ayam tu dalam aluminium foil.
Selepas 40 minit.

 
 Bayam yang digoreng bersama ngan bawang putih garing  amatlah sedap : )
Tanpa sos cili sapalah Firdaus.la la la
comot mulut Firdaus. Tanpa nasi , kicap dan sayur sapalah Firdaus.


Sekadar luahan hati

Aku tengah konpius ngan berita

Selepas 4 tahun wanita tu lari mengikut kekasihnya ke lombok. Dia dah pun  berkahwin ngan kekasihnya tu.Akhirnya wanita tu kembali dibawak pulang oleh kelab putera 1 Malaysia semalam. Anak dan suaminya dijangka tiba di negara ni minggu depan.la la la la nak jugak.

Tuesday, May 29, 2012

Ayam & ikan bakar black pepper "sedap hingga menjilat siku"

Salam kengkawan


Ingatkan tadi nak guna perkataan "sedap hingga menjilat jari" tapi takut kena saman plak sedap hingga menjilat siku lagi mantapkan.

Jangan nak membebel panjang  petang petang hari ni , jom kita masuk dapur ...................

Bahan perap untuk separuh ekor ayam dan 3 ketul ikan pecah periuk.

Bahan kisar ; 3 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih + 2 cm halia
1tbsp kicap cair
1tbsp brown sugar
2tbsp lada hitam dikisar sederhana halus
1tbsp sos tiram

Perap ayam dan ikan bersama bahan perap selama 3 jam atau ikut suka berapa lama  korang nak  perap.Kelar-kelarkan di bahagian yang agak tebal terutama di bahagian peha.
Bakar ayam pada suhu 190 darjah celcius selama 1 jam . Lebihan bahan perap tu korang simpan nanti boleh  campur  kat dalam black pepper sos .

Sementara menunggu ayam kita masak marilah ikut saya  menyediakan black pepper sos seperti yang saya janjikan pada minggu lepas ; ceh ceh wah ada cam pengacara rancangan masakan tak.la la la la
 Periuk untuk golongan marhaen

Bahan-bahan untuk black pepper sos

1) Lebihan bahan perapan
2)2 tbsp sos tiram
3)2tbsp sos tomato
4)3 tbsp black pepper yang dikisar sederhana
5)1 kiub pati ayam
6)2tbsp brown sugar
masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih.Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan air tepung ubi.

Simpan black pepper sos dalam esbok bagi tahan lama.

Cara hidangan curahkan black pepper sos kat atas ayam bakar tadi kemudian  ngap.ni untuk suami dia sesuka hati je buh kobis goreng kat tepi ayam.dengkilah  tu  cis  menganggu konsentrasi aku nak ambik gambar ayam je.


Aku suka ikan dah tentu tentu aku pilih ikan bakar yang dicurah kat atasnya black pepper sos.




Sekadar luahan hati


Sebelum mengata orang tu tengok tengoklah diri awak tu  dulu. Hampir nak keluar tahi telinga aku ni.la la la







Breakfast simple tapi sedap. cuti sekolah anak-anak kita sentiasa nak makan makan dan makan

Cuti sekolah pertengahan tahun dah pun bermula. Rutin cuti sekolah aku kena bangun subuh hari masak untuk Firdaus dan suami . Masa cuti  sekolah  cam ni  perut  Firdaus akan sentiasa lapar  nanti mulalah dia  sepuluh kali kejap bukak tudung saji.  Tanggungjawab  aku plak  menyediakan makanan dibawah tudung saji la la la la . 

Masa dia banyak dihabiskan kat depan komputer , tak pun tengok vcd, bila perut dia terasa lapar pandailah dia ambik makanan sendiri.Alhamdulillah anak-anak aku  nampak matang dari usia seawal 7 tahun dorang dah pandai uruskan diri sendiri aku cuma pantau dari jauh je.Jujur aku katakan akulah mak bapak yang tak suka paksa anak baca buku. Aku cuma  bagi  nasihat je, Alhamdulillah anak aku boleh paham keinginan dan hasrat aku. Jadi mak bapak jangan suka nak pressure anak, masa anak -anak kita sekolah rendah bolehlah kita nak pressure esok bila dorang naik sekolah menengah kita cuba  pressure tengok, silap haribulan kita yang kena pressure balik.la la la la la la

Berbalik cite pasal breakfast, semenjak Firdaus ngan suami berminat ngan baked potatoes ni , breakfast pun aku buat baked potatoes ni. Senanglah keja aku sekarang ni waktu pagi bila suami ngan Firdaus boleh makan kentang .la la la

Subuh tadi celik je mata ,aku basuh tangan terus gapai 2 biji kentang. Kasi cuci berseh kentang tu, lap, lumur ngan olive oil tabur sedikit garam ngan dried oregano.I love oregano : )Kemudian balut ngan aluminium foil.
Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 60 minit.
Selepas 60 minit angkat kentang tadi, belah kepada dua bahagian kemudian buhkan sedikit butter di bahagian tengah kentang serta taburkan sedikit dried oregano.

Lepas buat breakfast aku masak untuk makan tengahari , lauk simple je sambal ikan dan kobis goreng.
 
Kobis cina goreng bawang putih ngan sos tiram -feveret anak-anak

Ikan fresh from farm suami aku baru dapat hari ahad hari tu. Nama ikan ni aku kurang pasti , suami aku suruh google nama ikan ni. Dari pandangan mata kasar aku ikan ni cam ikan sardin, kalau tak silap akulah.
Ikan bersambal sos dan bertamato ceri ni feveret Firdaus. Masak sambal cam ni sedap suami sayang anak pun sayang *motip semua sayang* Cam bagus bagus je kan nama resepi ikan aku ni.Nak resepi sila ambik kat sini .




Jumpa lagi dilain hari dan waktu InsyaAllah bila senang nanti aku jalan blog korang semua ye. Terima kasih ye kerana sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni.la la la la

Monday, May 28, 2012

Jaya Bachan lagi kurus dari Aishwarya Rai , aku ngan Aishwarya Rai sama gemuk

Macam mana okey tak statement aku tu. Tak pernah lagi keluar  statement "Jaya Bachan lagi kurus dari Aishwarya Rai , aku ngan Aishwarya Rai sama gemuk" kat mana-mana blog gossip serta  majalah hiburan. Sila ambik perhatian statement tu telah dipatenkan : )  takut kena  curik .Sekarang ni kan  ramai  sangat orang  di luar sana  mempertikai kegemukan Aishwarya Rai , aku nak  gak join sama. la la la .korang tahu tak kenapa Aishwarya Rai gemuks?  Hampir setiap hari   makan baked cheese rice Pizza hut  kat negara dia manalah  tak gemuk ye dak. . la la la tak caya udah sambung sendiri..................dah lepas ni tak payah nak ambik tahu sangat pasal dia .Apa yang penting dia dah kaya . la la la

Petang semalam aku  bawak Firdaus makan  baked cheese rice pizza hut kat Giant Bukit Tinggi .Terbaek baked  cheese rice Pizza Hut . Rasanya first time aku masuk pizza Hut  tak order pizza. Saje aku nak tukar selera order makanan lain plak disamping tu dapat  aku berjimat. *haji bakhil*


Firdaus sedang memikirkan masa depan : )

Main petik petik je order air entah apa ke namanya aku pun dah tak ingat.

ko mampu order satu je mushroom soup.bajet jangan tak bajet.la la la 

4 ketul untuk dua orang makan. celah gigi je Alhamdulillah kenyang gak

Baked cheese rice pizza hut sebelum ditebuk Firdaus.

Jeng jeng selepas ditebuk. InsyaAllah aku nak buat sendiri  baked cheese rice ni nantikan  ye.



Selamat malam semua. kenang daku dalam doa mu sebelum tidur  jangan lupa basuh kaki ye.

party dihujung minggu , party western food, sendiri masak family makan

Salam kengkawan ..........

Dalam 2 hari ni aku  asyik  makan tidur makan tidur je. Sampai je opis terus letih , mengantuk naik terlelap mata aku ni gara-gara kekenyangan. Dari hari Jumaat sampailah ke hari Ahad aku berparty western food.Okeylah bagi aku cite menu westernfood yang  aku masak semalam , menu untuk hari jumaat ngan sabtu kemudian .

lamb chop yang aku beli kat pasaraya Giant hari tu cam tak puas makan je almaklumlah beli satu set kongsi 3 orang makan *buruk lantak*. Itu yang semalam aku gigih buat party lamb chop .

Menu hari ahad*bajet omputih*

lamb shoulder chop-boleh gitu
black pepper sauce
tartar sauce
coleslow
twice baked potatoes
lemon juice

Semua resepi ni aku cilok aku olah mengikut logik akal sainsku. aku kan dah pernah bagitahu korang " dapurku makmalku" .la la la la
Bahan-bahan Untuk coleslow - 1/2 Kobis cina, 1/2 batang carrot ,1/2 biji bawang holand dimayang halus kemudian campurkan kesemua bahan yang dah dimayang tadi dengan mayonis di dalam satu bekas. Gaul sekata kemudian perahkan sedikit lemon juice.
coleslow
3 biji kentang yang bagak -bagak  -cucuk ngan garpu dibeberapa tempat-Sapukan kentang ngan olive oil kemudian taburkan ngan sedikit garam.Bakar pada suhu 180 celcius selama 1 jam.
Selepas satu jam keluarkan kentang tadi belah dua , di bahagian tengah kentang buh sedikit butter kemudian taburkan ngan sedikit dried oregano.sedap cubalah kalau boleh suami aku nak makan kentang cam ni setiap hari*bajet omputih betul suami aku ni*
Perap selama 30 minit 4 keping lamb shoulder ngan 3tbsp sos worcestershire, 2 tbsp fresh lemon juice , sedikit dried rosemary dan olive oil.

Bakar pada suhu 180 dajah celcius selama 30 minit.
Selepas 30 minit
Tartar sauce?resepi ikut logik akal; Campurkan mayonis ngan 1/2 biji bawang holand dipotong dadu kemudian perahkan ngan sedikit lemon juice.
Black pepper sauce ; resepinya kemudian aku bagitau ye.aku janji*sambil angkat tangan*
lamb chop dihidang bersama twice baked potatoes, coleslow dan tartar sauce. Suami aku ni memang suka sangat makan lamb chop ngan tartar sauce: )
Aku suka simpan lemon kat rumah nanti bila nak guna senang.
Kalau dah makan makanan yang berlemak cam lamb chop ni sila-silalah merajinkan diri  buat air  lemon juice setupperware.

Ternyata penat lelah aku berbaloi bila suami ngan Firdaus memuji-muji masakan aku. Apalagi  terkembanglah aku  sekejap nasib baik tak de sayap kalau ada dah garenti  terus terbang. "biar betik sedap" Aku kata dalam hati.

Okeylah jumpa lagi, kalau korang rasa nak mengadakan party kat rumah bolehlah cuba menu western food aku ni.

Teringat masa aku kecik dulu , arwah mak selalu gak buat party kat rumah tapi party party tupperware .boleh gitu. Arwah mak ngan party tupperware tak dapat dipisahkan.la la la la

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina